Isnin, Oktober 12, 2009

Laksa Penang


Laksa penang zana buat untuk jamu tetamu semalam, lama dah tak buat.
Bahan-bahannya:
  • 1 paket laksa basah - dicelur
  • 1 labu bawang besar*
  • 1/2 biji nenas dipotong kecil
  • 1 batang bunga kantan*
  • limau nipis/kasturi
  • cili api*
  • daun salat/selom*
  • 6 biji telur direbus dan dipotong 2
  • 1 batang timun*

(bahan2 *- dihiris)

Bahan untuk kuah:-

  • 700gm ikan sardin
  • 1 ekor ikan tongkol putih(dlm. 300gm)
  • 10 keping asam gelugor/keping
  • 8 biji bawang merah-dikisar
  • 4 biji bawang putih-dikisar
  • 1/2 keping belacan (blcn Melaka) - dibakar sedikit dan dihancurkan
  • 5 sb cili kisar
  • 2 batang bunga kantan - dibelah 2
  • 2 ikat daun kesum
  • garam dan gula secukupnya.

Cara2nya:-

  1. Bersihkan ikan sardin/tongkol, kemudian rebus bersama dengan asam gelugor sehingga mendidih.
  2. Keluarkan ikan, asingkan isi dan buang tulang kemudian diblender dengan sedikit air. (air rebusan ikan jangan dibuang dan ditapis)
  3. Masukkan isi ikan yang diblender tadi bersama bahan2 kisar, belacan dan air rebusan ikan-kacau biar sebati. Masukkan daun kesum dan bunga kantan dan masak hingga mendidih diatas api sederhana.
  4. Rasakan dengan garam dan gula.
  5. Untuk menghidang, masukkan laksa kedalam mangkuk dan taburkan bahan2 yang dihiris bersama telur dan tuangkan kuahnya.

(sedap dimakan ketika panas).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan