Jumaat, Oktober 09, 2009

Donut Alex Goh


Sarapan pagi dan bekalan anak-anak kesekolah..
Bahan-bahannya:
  • 280ml air
  • 300gm tepung roti (high protein flour)
  • 200gm tepung gandum
  • 10gm garam
  • 60gm gula halus
  • 20gm susu tepung
  • 1/2 s/b baking powder
  • 3 1/2 s/t instant yeast
  • 2 biji kuning telur
  • 50gm lemak sayur (shorterning)

Bahan untuk hiasan:

  • gula halus
  • coklat cair
  • gula hiasan
  • lemod curd/cream custard

Cara membuatnya:

  1. Satukan kesemua bahan kecuali air dan lemak sayur. Adun hingga rata dan tuang air, gaul hingga menjadi doh yang lembut. Masukkan lemak sayur sambil terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan tidak melekat dimangkuk adunan. Bulat-bulatkan doh, masukkan dalam satu bekas dan biarkan 1 jam (hingga naik 1 x ganda)
  2. Keluarkan doh tadi dan uli sekejap, rehatkan 5 minit. Bagi doh kepada 2 bahagian. Canai satu bahagian setebal 1/2 cm. Terap dengan penerap donut dan alihkan kedulang yang telah ditabur sedikit tepung. Buat hingga siap, rehatkan selama 30 minit hingga naik lagi.
  3. Goreng donut dalam minyak sederhana panas, jangan goreng terlalu banyak, cukup sekadar 3-4 biji saja. Untuk mengelakkan suhu jatuh mendadak. Bila kuning keemasan pada kedua-dua permukaan, bolehlah diangkat dan toskan atas paper towel.
  4. Donut yang siap digoreng boleh disalut dengan gula halus, dituang coklat, dibelah dan dimasukkan cream custard/lemon curd atau mengikut kreativiti masing2..kita salut ngan gula aje..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan