Salam....bertemu lagi! hari nie zana nak share info yg zana dapat di SINI & di SINI utk tatapan semua rakan2 yg singgah di villa ini. Lama dah dicari baru sekarang zana temuinya... di http://Melor.com tq...
Nama Tempatan: Jarum Tujuh Bilah
Nama Saintifik: Pereskia sacharosa/saecnarosa
Nama Lain: Bintang Tujuh, Pokok Kanser, Chat Sim Chan
Famili: Cactaceae
Keterangan:
Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yg mempunyai daun yg sebenar. Ia merupakan genus paling primitif dalam keluarga kaktus. Pereskia berasal dari Korea dan boleh didapati dgn mudah di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Malah ia merupakan tumbuhan yg agak lasak dan boleh beradaptasi dgn hampir semua iklim kecuali tundra. Keadaan optimum utk pertumbuhannya adalah sinar matahari yg terang dan iklim tropika. Ia adalah tumbuhan yg mudah membiak. Memiliki ciri yg hampir menyerupai pokok parisan, pokok ini juga mudah ditanam dgn kaedah cantas dan cucuk Arizal 2004. Ia juga boleh membiak melalui biji benih. Daunnya mudah gugur jika terdedah dgn keadaan kering, namun mudah pula tumbuh semula apabila air mencukupi. Terdapat 15-20 spesis pereskia terutamanya dari Afrika Selatan, Amerika Tengah dan India Barat. Sepanjang batangnya, terdapat tujuh batang duri yg meruncing tajam, kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah. Daunnya yg rangup boleh dijadikan ulam atau salad.
Kegunaan:
Pereskia dikatakan dapat merawat kanser terutamanya kanser kolon (usus besar), kanser
hidung dan juga kanser lain. Terdapat 3 cara menggunakannya:
- Dengan memasukkan lebih kurang 2 helai daunnya kedalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum.
- Daunnya dimakan sebagai ulam sebanyak 1-3 helai setiap hari.
- Daunnya dikisar sehingga lumat dgn mencampurkan air dan jusnya diminum.
Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman teh selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam badan kita. Kajian terhadap kandungan kimia yg terdapat dalam pereskia dan tindakbalas sel kanser terhadapnya didapati di http://www.moste.gov.my/kstas/NSFWorkshop/NSF/nsf%5CPHAR18.DOC dan ia juga dikatakan dapat mengubat penyakit darah tinggi dan kencing manis.
salam zana..
BalasPadamkat rumah pengasuh anak akak ada jugak pokok ni... senang hidup.. bila berbunga cantik.. rupanya dlm family kaktus juga yer... baru tahu.. tq share info..