Ahad, Februari 13, 2011

Pau Gebu...@ Pau Hong Kong

Salam semua... dan selamat berhari minggu, dah lama nak membuatnya...tp asyik tertangguh2 tp semalam zana merajinkan diri buat pau nie..,alhamdulillah x menghampakan pau nya cantik naik gebu dan lembut. Resepi pau nie...dah lama ambik kat MYR yang diposkan oleh LynnSham dan yani . Katanye resepi ni dari taukeh frozen food, Pn Ani Ahmad yg dikangsi di RNet., dan resepi ni zana panjang2kan kat sini pulak! tkasih pd tuan punya resepi ni ya. Zana C&P aje dari MYR hehehe!!!!

Pau Gebu @ Pau Hong Kong
(Sumber: MYR)

Bahan-bahan ( 64 biji - doh seberat 20 gm )

  • Bahan A:
  • 450 gm special pow flour (Hong Kong)
  • 230 ml air
  • 1 tbsp susu pekat manis
  • 5 tsp yis segera - Mauripan
  • Bahan B:
  • 300 gm special pow flour (Hong Kong)
  • 180 gm gula kastor
  • 40 gm shortening
  • 2 tbsp double action baking powder (for pau)
  • 1 tsp bread softener (zana guna water roux)
  • Bahan C - larutkan:
  • 100 ml air
  • 1/2 tsp ammonium carbonate
  • Sedikit garam
  • Bahan D:
  • Inti - ikut citarasa sendiri (zana guna pes kacang merah & inti karipap)

Cara-cara

  1. Satukan A, uli hingga jadi doh yang licin (saya guna bread maker). Kemudian rehatkan doh selama 30 minit (doh akan mengembang).
  2. Selepas 30 minit, campurkan A dengan B dan C. Uli hingga jadi doh yang licin (jika guna mixer; speed no. 2 selama 15-20 minit. Saya guna bread maker Empress [Cosway], setting no. 51, uli sebanyak 4 pusingan).
  3. Rehatkan dan biar doh mengembang sekali lagi selama 30 minit (doh pau ini sangat ringan).
  4. Bahagikan doh kepada bebola kecil (saya bahagikan kepada 20 gm tiap satu).
  5. Masukkan inti, bulat-bulatkan atau punjutkan.
  6. Rehatkan sekali lagi hingga kembang selama lebih kurang 10-15 minit.
  7. Kukus selama 5-7 minit dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu (saya kukus dengan api sederhana).
  8. Untuk frozen pau: setelah pau dikukus, biarkan hingga betul-betul sejuk. Kemudian bekukan secara individu (pastikan pau tidak melekat antara satu sama lain). Bila dah beku, keluarkan dari fridge dan terus pek (jumlah per pek terpulang.. pau tidak akan melekat antara satu sama lain). Selepas dipek, terus disimpan sejuk-beku.
  9. Cara mengukus frozen pau: Panaskan pengukus, terus kukus pau tanpa perlu 'defrost' (api sederhana).
  10. Ikut kata Pn Ani, elok gunakan double action baking powder yang khas untuk buat pau.. memang ada tulis "(pow)" @ "(pau)". Sebelum buat, puas cari, tak jumpa.. saya guna double action baking powder yang biasa tu je.. alhamdulillah, pau tetap gebu..

**ps/ "water roux" (campur 250 ml air + 50 g tepung gandum, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga pekat, sejukkan sebelum diguna)


1 ulasan: