Selasa, Januari 18, 2011

Tart Nanas


Ee.. sedapnya tart nanas nie...buat utk kudapan anak2 masa cuti sekolah ari tu.... kuih kesukaan mereka semua...sehari aje boleh abiss!!!! finish!!

Tart Nanas
(sumber: dari kakak)

Bahan2 Pastri:
  • 240gm tepung gandum
  • 1/2 st garam
  • 140gm butter sejuk dipotong dadu
  • 100gm gula castor
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sb susu sejuk
  • 1/4 st esen vanilla
  • 1 biji kuning telur utk disapu pada tart
Bahan utk jem:
  • 2 biji nanas diparut
  • 2 helai daun pandan
  • gula pasir (ikut manis)
  • sedikit gula batu
  • 1 st jus lemon.
Cara Membuatnya:
  1. Masakkan jem nanas terlebih dahulu dan ketepikan..
  2. Ayak tepung gandum dan campurkan dgn sedikit garam
  3. Dengan menggunakan senduk kayu, pukul butter dan gula sampai kembang, kemudian masukkan kuning telur, susu dan esen vanilla.
  4. Selepas itu, masukkan tepung dan gaul sehingga sebati. Sejukkan sementara dalam peti sejuk selama 10 min.
  5. Keluarkan dan bentukkan tart ikut suka sehingga siap. Masukkan semula dalam peti sejuk dalam 15 min.
  6. Keluarkan dan sapukan kuning telur diatasnya dan bakar pd suhu 180 C selama 15 min. atau kekuningan.

2 ulasan:

  1. sedap nyer..akak suka kiuh tart..amek resipi yer zana

    BalasPadam
  2. wah sedapnya...my fav ni...rajin akak buat saya time raya jer nk rajin pun..hehe

    BalasPadam