Jumaat, Januari 21, 2011

Sambal Sotong Kembang


Menu tambahan nie...kalau kena dgn nasi lemak memang sedap! sebenarnya zana jarang buat sambal sotong kembang ni, bila pi pasar...belek2 teringin pulak nak mkn, jd kena beli jugak sekor buat sambal.
Sambal Sotong Kembang
Bahan2nya:
  • Seekor sotong kembang dibersihkan dan dipotong2 ikut suka
  • 5 biji bwg merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • sedikit belacan*} ditumbuk halus
  • 5 sudu makan cili mesin
  • 1 st pes asam jawa
  • sedikit garam dan gula utk perasa
  • 1 labu bawang besar dihiris bulat
Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi
  2. Masukkan cili mesin dan dikacau sebati sehingga cili masak.
  3. Kemudian barulah masukkan sotong dan dikacau rata, masukkan pes asam jawa dan hirisan bawang besar. (msk jgn terlalu lama takut nanti sotong tu liat)
  4. Rasakan dgn garam dan gula dan tutupkan apinya. Hidangkan

2 ulasan:

  1. salam zana..dah lama tak makan sambal sotong kering ni..cam best ajer kalau dapat makan dengan nasi lemak

    BalasPadam
  2. kaka rose x pandai masak sotong kembang nih... leh try resepi zana ni nnti len kali!

    BalasPadam