Selasa, Januari 18, 2011

Gulai Ikan Patin Pahang


Assalamualaikum dan selamat t/hari...bertemu lagi diruangan ini. Maaf kerana keadaan tidak mengizinkan utk zana selalu berblogger. Makan apa t/hari ini? entry utk ari nie ialah menu2 zana yg telah ketinggalan...hehehe..sorry!!! x sempat nak uplode.

Gulai Ikan Patin Pahang
(sumber: Chef Ismail-Majalah Saji)

Bahan2nya:
  • 2-3 sudu makan tempoyak
  • 3 biji cili merah *
  • 6 biji cili padi *
  • 1" kunyit hidup* } ditumbuk halus
  • 1 btg serai dititik
  • 450ml atau 3 cwn air
  • 1 ekor ikan patin di bersihkan dan dipotong (anggaran 1.5kg)
  • 1 biji tomato - dipotong baji
  • 1 biji timun dibelah dua dan dihiris
  • 1 biji cili merah ]
  • 1 biji cili hijau ] dipotong 2
  • 1 helai daun kunyit disiat2
  • garam secukup rasa
Cara Memasaknya:
  1. Masukkan tempoyak dan bahan-bahan yg ditumbuk bersama serai dan air di dalam periuk.
  2. Masak di atas api sederhana sehingga mendidih.
  3. Tambahkan ikan, tomato, timun, cili merah dan hijau serta daun kunyit. Renehkan sehingga masak.
  4. Rasakan dengan garam secukup rasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan