Selasa, Disember 13, 2011

Kek Lapis Kukus Cream Cheese

Assalamualaikum..bersiaran lagi, tiada apa yg zana nak tuliskan di sini...cuma zana nak n3kan resepi kek lapis yg zana buat ini sempena hari lahir anak sulungku pd 17 Nov. lepas, semoga dipanjangkan umur dan ceria selalu. Oklah! jom kite semak resepinya, zana cnp jer dari dapur yatiememories...hasilnya memang memuaskan, abaikan je deconya tuu...ya hehehe... ^__^ .

Kek  Lapis Kukus Cream Cheese
Sumber :YATIEMEMORIES

Bahan A
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
25 ml air
1 sb tpng gandum

Bahan B (KEK)

2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
2 sb serbuk koko
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum
1 sk baking soda
1/2 sk baking powder

Cara-caranya:
  1. Pkl cream cheese bersama dngn gula.
  2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.Biarkan sebentar.
  3. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
  4. Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam
  5. Masukkan air panas,susu dan minyak
  6. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda dan b. powder yg telah diayak dan gaul sebati.
  7. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.

 Cara Memasak:
  1. Panaskan kukusan dan balut dngn kain penutupnya.
  2. Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak
  3. Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
  4. Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
  6. Sejukkan dan boleh di hidangkan....



3 ulasan:

  1. As'salam Zana

    kecur pulak tengok sana sini tayang kek yang bercheese ni. nasib baik lah k.ct ni jenis yang makan cheesecake tapi badan maintain kecik jer..hahaha.

    kalau buat kek ni harus sembunyikan timbang jauh2 lah ya Zana..hehehe

    BalasPadam
  2. salam zana...utgnya kak ct yg maintain kecik yer...Liza ni pulak badan yg senang naik dan ssh turun...bila tgk cheesecake cmni, kadang2 bedal jugak....hihihihi

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Zana,
    tq sudi mencuba kek ni..mmng sedapkan..adoyaiiii rasa nak buat lagilah kek ni bila tngk kek Zana yg mabeles tu..terliur je .

    BalasPadam