Isnin, Disember 06, 2010

Tauhu Kukus


Menu sampingannya zana buat "Tauhu kukus" aje.....sedap dan mudah!!
Tauhu Kukus
Bahan2nya:
  • 3 keping tauhu lembut
  • 4 keping cendawan tiram
  • 10 tongkol baby sawi seu pak choy
  • 1/2 btg lobak merah di hiris mancis
  • 2 biji bwg merah dimayang
  • 1 ulas bwg putih dicincang
  • 3 sd makan sos tiram
  • 1 cwn air + 1 sd teh tpg jagung
  • 1 biji putih telur
  • sedikit hirisan lada merah
  • sedikit hirisan daun bwg dan bwg goreng utk hiasan

Cara menyediakan:

  1. Tauhu dikukus selama 15 min dan ketepikan
  2. Sayur dicelur terlebih dahulu sehingga lembut dan ketepikan
  3. Panaskan minyak ~ tumis bwg putih dan merah sehingga wangi
  4. Masukkan lobak merah dan dikacau sebati, kemudian masukkan sos tiram bersama secawan air, biarkan mendidih.. masukkan pula cendawan tiram.
  5. Masukkan putih telur pelahan-lahan dan dikacau rata...tidak perlu ditambah garam kerana rasa sosnya sudah mencukupi.
  6. Tutupkan apinya dan curahkan di atas tauhu kukus bersama sayur
  7. Utk hiasan... taburkan hirisan cili merah, daun bwg n bwg goreng. Sedap dimakan begitu sahaja ataupun bersama nasi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan