Rabu, Disember 01, 2010

Char kue tiau


Assallamulaikum...hai!! ape khabar semua pd pengunjung2 blog zana nie.. dah 2 minggu jugak zana menyepikan dirikan? tenggolam timbul-tenggolam timbullah nampaknye zana nie...mcm biskut pulak sekojap ado sekojap x do...tp apo2 pon, zana totap ingat tok mengentrykan menu2 kesukoan zana sekeluarga...oklah! jom layan apo2 yg ado nie ekk.... :))

Char Kue Tiau..
Bahan2 yg diperlukan:
  • 2 paket kue tiau basah
  • 5-10 ekor udang sederhana besar
  • 1 mangkuk kecil kerang yg telah direbus dan dikopek cengkerang
  • 3 biji bwg merah*
  • 2 biji bwg putih* } ditumbuk halus
  • 3 tangkai daun kucai dipotong 2"
  • 2 biji telur
  • 1 mangkuk tauge
  • 2 sudu makan cili mesin
  • 2 senduk kecil kicap manis
  • 2 sudu makan sos tiram
  • sedikit hirisan cili merah dan bawang goreng utk hiasan

Cara menyediakan:

  1. Panaskan kuali ~ tumiskan bahan kisar sehingga wangi, masukkan cili mesin dan dikacau sebati
  2. Masukkan udang basah dan kerang dan dikacau lagi.. kemudian masukkan pula sos tiram dan kicap manis dan dikacau sebati.
  3. Selepas itu, bolehlah masukkan kue tiau dan digaul sebati..
  4. Ketepikan sedikit dan masukkan pulak 2 biji telur dan kacau sehingga masak dan digaul sebati bersama2 kue tiuu td.
  5. Kemudian barulah masukkan tauge dan dikacau lg.. apabila masak bolehlah dihidangkan dan taburkan hirisan cili merah dan bawang goreng.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan