Isnin, Disember 06, 2010

Gulai Ikan Keli



Assalamulaikum & salam sejahtera pd rakan2 pengunjung n selamat t/hari. Dah makan t/hari? Tadi zana masak lauk kegemaran anak2 nie..eee lama dah x menggulainyer!! :)) di sebabkan sayur2 yg dicarik semuanye x der!! so zana gunalah ape2 yd ade...sodap jugak!!!(petai/pucuk ubi/jantung/pisang muda)
Gulai Ikan Keli
Bahan2nya:
  • 1 kg ikan keli yg telah dibersihkan
  • 500ml santan pekat + 2 cwn air
  • 10-15 biji cili padi kg*
  • 2" kunyit hidup*
  • 2" belacan*
  • 4 biji bwg merah*} dikisar halus
  • 1 kpg asam gelugor
  • 4 biji limau kasturi diambil jusnya
  • 1 bj terung panjang dibelah 8 bhgn ~ dicelur empuk

Cara Membuatnya:

  1. Panaskan periuk/kuali ~ masukkan bahan2 kisar bersama sedikit air dan asam gelugor dan biarkan mereneh.
  2. Masukkan ikan dan kecutkan sementara, kemudian masukkan santan pekat diikuti air.
  3. Kacau dan jangan sampai pecah minyak, bila mendidih masukkan terung.
  4. Rasakan dgn sedikit garam dan barulah masukkan jus limau, kacau dan bolehlah tutupkan apinya...hidanglan bersama nasi panas....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan