Rabu, Disember 01, 2010

Kuih Serimuka...lagi


Hai!! buat kuih serimuka lagi lah! I like it.. tp kali nie zana buat kuih serimuka pandan...dah pernah buat tp zana gunakan kali nie zana guna jus ori dari dari daun pandan serani + daun pandan biasa tu. sebab itulah kalernyer nampak cantik sedikitkan? resepi yg biasa tu ade disini ya...kat sini pun ade! lihat sajelah...

Kuih Serimuka
(sumber: talam & kuih lapis)
Bahan Lapisan Bawah:
  • 2 1/2 cwn santan cair + sedikit garam
  • 2 cwn pulut - rendam selama 3 jam

Cara membuatnya:

  1. Bersihkan pulut dan toskan. Kemudian kukuskan pulut sehingga masak.
  2. Minyakkan sedikit loyang lain dan tekankan pulut yg telah masak td.
  3. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Bahan Lapisan Atas:

  • 2 cwn santan pekat
  • 1/2 cwn jus pandan (ni zana ambil dr 2 helai daun pandan serani+4 helai daun pandan biasa)
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung kastard (zana guna tepung jagung)
  • 3 sudu makan gula pasir
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh garam

Cara membuatnya:

  1. Satukan semua bahan sehingga sebati dan tapiskan
  2. Tuangkan adunan adunan ini pelahan-lahan di atas pulut tadi
  3. Kukuskan semula lebih kurang 30 minit atau sehingga masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan