Khamis, Disember 16, 2010

Mari Buat Karipap Frozen...



Salam...mari2 kite buat karipap frozen pulak!! buat nie pun memandangkan cuti sekolah nie..buatlah ape2pun semuanya selesaikan! almaklumlah anak2 nak membesar...lapar aje.....kesian mama nyer!! hari2 nak memikirkan nak buat ape...itu pun tengoklah kalau keadaan mama mengizinkan. Insya`allah demi mu anak2, mama kuatkan semangat ini. Doakan selalu supaya mama sihat.


Karipap Frozen

Bahan-bahan:
  • 500gm tepung gandum
  • 1/2cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 125gm marjerin
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 25gm gula kaster/ising
  • 1 sudu teh garam
  • 175ml air sejuk ~ peti ais
cara membuatnya:
  1. Gaul kesemua bahan kecuali air sehingga sebati.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan.
  3. Timbang seberat 25gm. canai dengan penggelek.
  4. Letak inti dan sejukkan didalam freezer selama 4 jam atau lebih.
  5. Kemudian boleh la dipacking.

Bahan utk inti kentang:
  • 350gm kentang – didadu dan direbus empuk
  • 2 labu bawang besar - potong dadu
  • 2 sudu makan rempah kari daging
  • 30gm udang kering (direndam dgn air panas)*}
  • 4 biji bwg merah*}
  • 2 ulas bwg putih*}
  • 1/2” halia*} dikisar halus
  • 1 tangkai daun kari
  • garam dan sedikit serbuk perasa

cara membuatnya:

  1. Tumis daun kari, bahan kisar hingga layu dan berbau wangi
  2. Masukkan rempah kari dan kacau seketika.
  3. Masukkan bawang besar ~ gaul rata.
  4. Masukkan kentang. gaul sekejap sahaja.
  5. Lastly masukkan garam dan gula. Sejukkan

1 ulasan:

  1. Terima-kasih.. saya nak cuba resepi ni.

    BalasPadam