PADA PAGI YANG HENING DAN SUNYI JAM 3.50am.., HARI RABU TANGGAL 4 NOVEMBER 2009, BERSAMAAN 16 ZULKAEDAH 1430H. AKU DIKEJUTKAN OLEH NURSE YANG BERTUGAS PADA MALAM ITU..MENYURUH AKU JANGAN TERPERANJAT & BERSABAR, KERANA DOCTOR MEMANGGIL KU KETINGKAT BAWAH…KEBILIK ICCU, DI MANA AYAH KU DI TEMPATKAN SELEPAS PEMBEDAHAN – DILATED ISCHAEMIC CARDIOMYOPATHY (3 DARI SALURAN DARAH KEJANTUNG-TERSUMBAT). ALLAH S.A.W SAHAJA YANG TAHU PERASAAN KU KETIKA ITU…AKU KETINGKAT BAWAH BERSAMA-SAMA DUA ORANG KAKAK, SETELAH 15 MINIT SAMPAI DI BAWAH BARULAH AKU DAPAT BERJUMPA DENGAN DOCTOR YANG MERAWAT AYAH…DIA MEMBERITAHU AKU BAHAWA JANTUNG DAN PERNAFASAN AYAH TIBA-TIBA SAHAJA TERHENTI PADA JAM 3.30am & SEBELUM TU PADA JAM 12.30am AYAH ADA MUNTAH DARAH. DIA CUBA SEDAYA UPAYA UNTUK MEMBANTU DENGAN BANTUAN CPR. DOCTOR KEMBALI SEMULA KEDALAM UNTUK MEMBERI BANTUAN LAGI. SAAT MENUNGGU AKU DAN KAKAK MEMBACA SURAH YASSIN DAN BERDOA AGAR AYAH SELAMAT. JAM MENUNJUKKAN PUKUL 4.50am. DOCTOR KELUAR DAN MEMBERITAHU, HARAPAN UNTUK AYAH HIDUP TIPIS..DIA MASUK SEMULA UNTUK MEMBERIKAN BANTUAN CPR YANG TERAKHIR..TAPI ALLAH S.A.W LEBIH MENYAYANGINYA. AYAH TELAH PERGI UNTUK SELAMA-LAMANYA TEPAT JAM 5.00am. AKU DAN KAKAK RASA SEDIKIT TERKILAN KERANA TAK BERKESEMPATAN BERTEMU DENGAN AYAH DISAAT-SAAT TERAKHIRNYA, MENGAJARNYA MENGUCAP, TAPI ALHAMDULILLAH ADA SEORANG NURSE SEMPAT MEMBISIKANNYA ~ TERIMA KASIH NURSE. AYAH PERGI PADA UMURNYA 81 TAHUN, PERGI TANPA ISTERI & ANAK-ANAK DISISI. AKU BERDOA SEMOGA ROH AYAH DICUCURI RAHMAT DAN DI TEMPATKAN DIKALANGAN ORANG-ORANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH SERTA PARA AMBIA, AMIN..AMIN YA RABBAL A`LAMIN. AL’FATIHAH BUAT AYAH....
Salam takziah kak zana, harap akak sekeluarga bersabar, semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..AMIN...ALFATIHAH
BalasPadamSalam kak,
BalasPadamSabar ya kak..Salam takziah. Moga rohnya dicucuri Rahmat-Nya.
Salam kak zana, salam takziah dr kita sekeluarga buat akak ya semoga tabah mengahrungi hidup seharian tanpa arwah.. semoga rohnyer juga dcucuri rahmat dan detmpatkan dikalangan org2 yg beriman insyaAllah al fatihah.
BalasPadamsalam zana....
BalasPadamsalam takziah wat zana sekeluarga atas kembalinya ayah yg tersayang...semoga rohnya ditempatkan bersama org2 yg beriman..amin...alfatihah...
Salam Zana
BalasPadamtakziah dari sheila & keluarga byk besabar dan bedoa ..semoga arwah di tempatkan besama org2 yg beriman... amin insyaAllah al fatihah
Terima kasih kawan2 semua di atas simpati anda pada keluarga saya..
BalasPadam