Sabtu, Januari 23, 2010

Bubur Pulut Hitam Durian...


"Bubur Pulut Hitam Durian" yg ini pulak utk minum ptg zana dan keluarga...kena pulak dgn roti keping dan air nescafe....
Bahan2nya:
  • 2 cawan pulut hitam dicuci bersih dan taruh air sekucupnya..
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • 15-20 ulas durian...+ lempuk durian kalau x ckp rasanya..
  • 1 cawan gula pasir
  • santan pekat secukupnya + secubit garam (optional)

Cara menyediakan:

  1. Masakkan pulut hitam + daun pandan sehingga mendidih..
  2. Masukkan durian ~ dan dikacau selalu...kemudian tambahkan gula pasir.
  3. Kacau dan biarkan sehingga pulut empuk dan barulah tutup apinya...
  4. Bila nak hidang ~ curahkan sedikit santan pekat dan sedia utk dimakan.....

Silakan...bismillah.....yummy2..

Kek Batik Coklat



Salam semua & selamat petang...tentu ade yg dah minum ptgkan..? "Kek Batik Coklat" nie zana buat 2 hari lepas...tergoda tengok HaSue buat jadi zana pun cubalah.. sebelum ini pun zana penah buat, tp biskutnya digaul sekali kemudian dimampatkan dlm satu bekas. Kali zana buat ikut resepi dari HaSue...pulak yg diambil kat rumah Mila...tuan empunya resepi...apa2 pun thanks kat mereka berdua. Resepinya zana C&P dr rmh HaSue, tkasih sue jgn marah....!!
Bahan-bahan: utk ( 1 kg )
  • 200gm milo
  • 250gm butter
  • 3 sudu makan serbuk koko (brand van houten)
  • 1 tin kecil susu pekat manis> akak guna 3/4 tin jer
  • biskut meri secukupnya (dlm 170gm)

Cara-cara:

  1. cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali...
  2. setelah cair masukkan susu,millo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur masukkan milo dan seterusnya koko....
  3. gaul tanpa henti sehingga halus dan xberketul lg....
  4. setelah pekat susun biskut meri lapis ngan coklat selapis demi selapis sehingga habis...siap...dan biarkan semalaman....
  5. potong dan siap dhidangkan...kalau ndak cepat keras masukkan dalam aisbox dan bila keras potong dan hidangkan...(selamat mencuba....)

Jumaat, Januari 22, 2010

Bihun Goreng Mama...


Ini pulak...menu untuk sarapan pagi dan bekalan buat anak2 kesekolah...biasalahkan mama yg buat.. so jdlah..."Bihun Goreng Mama" resepinya mudah aje..x pedas supaya sikecik tu blh makan, tp..sikecik tu..susah sungguh nak suruh dia mkn...mcm2lah mama dia buat..tp mcm tu jugak...jomlah!! layan aje dgn resepi nie..
Bahan2nya:
  • 1 paket 400gm bihun ~ direndam/celur dgn air panas terlebih dahulu sehingga lembut
  • 4 biji bawang kecil*
  • 2 biji bawang putih*
  • 3 sb udang kering~ direndam terlebih dahulu*
  • 1 sudu makan cili mesin
  • 1 biji telur
  • sos tiram dan garam secukup rasa
  • 3 btg sawi bunga dipotong2
  • sedikit kobis bulat dihiris2
  • 1 biji buah tomato dihiris2

Cara menyediakannya:

  1. Bahan (*) ditumbuk halus..
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik aromanya
  3. Masukkan cili mesin dan dikacau sehingga masak, masukkan telur dan kacau lagi..
  4. Masukkan sos tiram dan garam diikuti dgn sayur ~ kacau...kemudian lehlah
  5. Masukkan bihun dan kacau sehingga sebati ~ rasa dulu dan tutupkan api.
  6. Bolehlah dihidangkan utk sarapan pagi..

Ikan Keli Masak Tempoyak..


Salam Pagi Jumaat...kwn2 semua..,hari nie zana keudara lagi di alam cyber nie...ini menu makan malam zana dan keluarga. Ptg semalam zana buat lauk "Ikan Keli Masak Tempoyak" just nak mencuba sebenarnya...rasanye sedap jugaklah., ce wah!! msk bakul angkat sdr la nie hehehe...
Bahan2nya:
  • 5 ekor ikan keli yang telah siap dibersihkan.
  • 4 biji bawang merah*
  • 2 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 3 biji cili merah*~kalau nak pedas.. boh lebih sikit
  • 1cm belacan*
  • 2-3 gelas air
  • 2 btg serai dititik
  • 2 kpg asam gelugor
  • secekak daun kesum
  • 2 sb tempoyak
  • garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakannya:

  1. Bahan (*) ditumbuh hancur/halus
  2. Masukkan semua bahan kedalam periuk kecuali tempoyak dan daun kesum.
  3. Masak diatas api sedahana kecil sehingga mendidih ~ dan kacau sedikit.
  4. Rasakan dgn garam dan sedikit gula....
  5. Akhir sekali masukkan tempoyak dan daun kesum, kacau sebentar dan bolehlah ditutup apinya.
  6. Sedia utk dihidangkan....!!

Selasa, Januari 19, 2010

Blueberry Cheese Tart


Salam semua...hai!!..bertemu lagi kite...hari nie, zana nak tayangkan "Blueberry Cheese Tart" pulak heehe...sebenarnya zana buat pd hari sabtu lepas..x sempat nak entrykan. Cheese tart nie, zana buat utk kali kedua dan dah semestinya menjadi kegemaran anak2 sbb tu kena buat lagi. Resepi Alex Goh tapi zana C&P aje dari MyR thanks.
Sweet Pastry
Bahan A :
  • 200 g mentega
  • 100 g gula aising
  • 1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan B:

  • 1 biji telur

Bahan C :

  • 420 g tepung
  • 1 sudu besar tepung susu

Cara-cara:

  1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan (B). Putar lagi hingga gebu.
  2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna. * Tat akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar.)

Filling

Bahan A:

  • 250 g cream cheese
  • 50 g gula
  • 25 g mentega

Bahan B :

  • 1 biji telur

Bahan C:

  • 25 g whipping kream

Bahan D:

  • 20 g tepung

Blueberry filling

Cara-cara:

  1. Tekankan pastri manis ke dalam acuan tat. Tusukkan lubang di kulit pastri dan bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 15 minit atau sehingga kuning perang. Ketepikan.
  2. Inti : Pukul (A) sehingga licin dan gebu. Masukkan (B) dan pukul hingga sebati. Tambahkan (C) dan sebatikan hingga sempurna. Campurkan (D) dan ratakan dengan sempurna.
  3. Tuangkan inti keju ke dalam kulit pastri yang telah dibakar tadi. Bubuhkan sedikit jem beri biru di permukaan atas dan bentukkan corak olakan.
  4. Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 10-12 minit.
    Nota :- * Jika inti keju dibakar terlalu lama, permukaannya akan menjadi retak. * Untuk menjadikan permukaan atas tat lebih menarik, sapukan apricot glaze supaya ia kelihatan berkilat. (Apricot glaze + sedikit air dan panaskan di atas dalam periuk kecil di atas dapur hingga campuran tersebut cair)


Jumaat, Januari 15, 2010

Masak Lemak Merah


Salam hari Jumaat..hai!! bertemu kembali di alam maya nie...pejam-celik2 dah penghujung minggu kedua anak2 kesekolah..sekejap aje masa berlalu, begitu juga dgn usia kita meningkat sehari lagi..alhamdulillah...syukur kepadaNYA.., krn kita dianugerahkan tubuh badan yg sihat dan rezeki yg halal. Oklah!!..mlm td zana buat gulai nie.."Masak Lemak Merah" menu utk mkn malam merangkap utk mkn t/hari..lerr..kat rumah tu mmg jarang msk lemak mcm nie, sekali-sekala pekena sedap jugak..Jom layan aje resepinya...
Bahan2nya:
  • 3 ekor ikan mabong aka kembung yg serdahana besar ~ dibersihkan dan dipotong 2
  • 1 biji peria dipotong2
  • beberapa hirisan nanas
  • 5 biji bawang merah*
  • 1 1/2" kunyit hidup*
  • 2" belacan* ~ (bahan (*) ditumbuk halus)
  • 4 sb cili mesin
  • 3 cwn santan dari sebiji kelapa
  • 1/2 cwn air
  • 2 kpg asam gelugor
  • garam secukup rasa

Cara menyediakan:

  1. Kecutkan ikan bersama bahan tumbuk , asam gelugor dan air ~ di dlm periuk di atas api yg serdahana kecil sehingga ia merenih.
  2. Masukkan potongan peria dan beberapa hirisan nanas..biarkan sekejap, kemudian masukkan santan dan dikacau selalu supaya x pecah minyak sehingga mendidih.
  3. Rasakan dengan sedikit garam dan bolehlah ditutup apinya.
  4. Sedia utk dihidangkan...

Rabu, Januari 13, 2010

Sosej Rolls


Salam semua...projek gulung-mengulung lagi...heheek...mlm tadi zana buat "sosej rolls" nie dan pagi ini barulah digoreng, buat sarapan dan bekalan anak2 ke sekolah. Sudah beberapa kali zana buat, baru nielah yg dpt di n3. Membuatnya memang mudah sekali!!..anak2 pun memang menyukainya, dimakan pulak bersama sos cili dan mayonis..yumm..yumm.
Bahan2 yg perlu ada:
  • 1 paket sosej ayam Ramley (ape2 jenama pun boleh)
  • 10 keping roti gardinia
  • 1 biji telur ~ ambil putih aje dan dikocok dulu
  • serbuk roti secukupnya (guna yg warna oren)
  • minyak utk menggoreng

Cara2 menyediakan:

  1. Sosej ayam direbus terlebih dahulu sehingga masak ~ dipotong 2
  2. Gelekkan 10 kpg roti sehingga nipis dan dipotong dua bahagian.
  3. Ambil 1 sosej dan diletakkan atas roti dan digulung kemudian lekatkan dgn putih telur. Buat sehingga habis.
  4. Celupkan sosej roll td satu demi satu kedalam putih telur dan golekkan bersama serbuk roti. Setelah siap bolehlah digoreng dgn api yg serdahana aje.
  5. Hidangkan bersama sos cili dan mayonis. Sesuai utk sarapan pagi atau minum ptg.