Selasa, Mac 09, 2010

Bihun Goreng Lada Hitam


Salam semua... selamat t/hari.., jom makan.., ini menu mkn t/hari zana kat opis..hihihi!! sebenarnya "Bihun Goreng Lada Hitam" nie zana buat pagi tadi utk sarapan dan bekalan anak2 kesekolah...disebabkan bihun goreng tu banyak jadi zana bawalah bekal ke opiss..buat mkn t/hari nie..ade org panggilnya bihun goreng Singapura tp resepinya ikut selera kita..ler layan ajerr...lah!!!!
Bahan2nya:
  • 3/4 paket bihun dicelur terlebih dahulu dan toskan...
  • 4 biji bwg merah*
  • 2 biji bwg putih*
  • sedikit ikan bilis* (bhn * ditumbuk halus)
  • 1-2 sd makan serbuk lada hitam
  • 4-5 biji fish ball dipotong bulat
  • 1 keping fish cake dipotong serong
  • 1 biji telur
  • 5 ekor sotong sederhana kecil dipotong2
  • segenggam udang basah
  • sayur kobis/sawi dan lobak merah
  • 1/2 biji lada bangggala dihiris kasar
  • garam secukup rasa
  • hirisan daun sadri/bwg sebagai hiasan

Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak ~ gorengkan sotong sekejap dan angkat kemudian tumiskan bahan tumbuk bersama serbuk lada hitam sehingga naik aroma.
  2. Masukkan udang, fish ball dan fish cake ~ dikacau sebati...masukkan sayur dan dikacau lagi, biarkan sekejap dan masukkan telur.
  3. Rasakan dgn sedikit garam kemudian masukkan bihun dan digaul sebati..
  4. Bila masak bolehlah dihidangkan ~ taburkan dgn hirisan daun sadri/bwg.

Isnin, Mac 08, 2010

Selingan>>>>>>>>>


Lihatlah keletah anak kecil ku ini....namanya Rose Jawaher.., mama panggilnya waher...nama glamornyer Rose, seorang anak yg sangat manja...umurnya baru 3 thn 6 bln..., bila mama sibuk kat dapur dia pun sibuk kali!!! jadi chef kecil di dapur... bila mama pakai apron...dia pun nak sama...bila mama tumbuk bawang dia pun nak tumbuk jugak!! kita cuci pinggan!!! dia tarik kerusi dan hulurkan tangan cuci pinggan...hai!!! anak2!!! bila kita tanya dah besar nak jadi ape? cepat saje dia jwb...waher nak jadi Doktor Gigi!!! nak ganti gigi mama dgn gigi baru yg cantik!! nak tlg mama dgn ayah...dah sekolah...bila ke sekolah asyik nak nangis aje..ckpnye petah sekali !!! semoga ia menjadi anak yg soleh dan solehah juga insan yg berguna insyaallah!! amin...

Sambal Telur ~ Belimbing Buloh


Hai!!! salam semua & selamat sejahtera...tiga hari x update blog nie...rindu2 hehehe!!! hujung minggu... zana balik kekg tngok FIL yg sakit., kwn2 mcmne sihat ke? tkasih kerana berkunjung kesini..Hari nie zana entrykan menu mkn t/hari anak2 semlm "Sambal Telur ~ belimbing buloh" kenakan pulak dgn sop sayur dan ikan goreng.
Bahan2nya:
  • 5 biji telur ayam ~ direbus, dibuang kulit dan digoreng
  • 4 biji bwg merah*
  • 2 biji bwg putih*
  • sedikit belacan* (bhn * ditumbuk halus)
  • 8-10 belimbing buloh dicuci dan dibelah 2
  • 1 sk pes asam jawa+sedikit air
  • 5 sd mkn cili mesin
  • 1 labu bwg besar dipotong bulat
  • garam dan gula secukup rasa.

Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak ~ tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau, kemudian masukkan cili mesin dan dikacau sehingga cili masak.
  2. Masukkan belimbing buloh, pes asam jawa dan dikacau sebati ~ masukkan telur yg telah digoreng tadi dan digaul rata.
  3. Kemudian masukkan bawang besar ~ kacau lagi dan rasakan dgn sedikit garam dan gula.
  4. Bila masak...tutup api dan bolehlah dihidangkan...

Khamis, Mac 04, 2010

Kueyteow Goreng...


Assalamualaikum...& selamat ptg!!...x tau sebenarnya ape yg nak dientrykan kat sini..,nampaknya kali nie pu zana entrykan menu2 utk sarapan pg ajerlah!!! Utk sarapan pagi td, zana buat "Kueyteow Goreng" versi campak2 gitu ajer...ikutlah!! ape yg ade kat aisbox tu..hehehe!!!!
Bahan2nya:
  • 1 paket 450gm kueyteow basah
  • 3 biji bwg merah*
  • 2 biji bwg putih* (bhn * ditumbuk halus)
  • 1 sb cili mesin
  • 2 sb sos tiram
  • kicap manis secukupnya
  • 1 kpg fish cake ~ dipotong kecil
  • 4 biji fish ball ~ dipotong kecil
  • 6 ekor udang sederhana bsr
  • 1 keping daging ayam dipotong kecil
  • 1 biji telur
  • sedikit hirisan sayur sawi/kobis
  • hirisan tomato/daun sadri/bwg ~ utk hiasan

Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar dan dikacau lagi. Bila cili agak masak, barulah masukkan udang/ayam, fish cake/fish ball dan digaul rata...masukkan sos tiram dan kicap.
  2. Kemudian masukkan sayur kobis dan sawi ~ dikacau lagi, barulah pecahkan telur~ biarkan sekejap dan dikacau lagi.
  3. last sekali..barulah masukkan kueyteow basah ~ dikacau rata
  4. Setelah masak~ hidangkan dan hiaskan dgn hirisan tomato dan daun bwg.

Rabu, Mac 03, 2010

Bebola Kentang Berinti Keju....


Hai!! salam & salam sejahtera semua..bertemu kembali!! semalam zana cuba buat "Bebola Kentang Berinti Keju"..teringin pulak nak membuatnya, bila tengok kat rumah Jiya...amik dr majalah SEDAP, tergoda u...resepinya dah lama zana tulih!! tp blm kesampaian. Kebetulan bahannya dah ade kat rmh, so zana buatlah jugak!! anak2 pulak menyukainya., ape2 pun thanks Jiya krn share resepi nie..
Bahan2nya:
  • 300gm kentang dikukus n dilecek (kite guna kentang russet & blend ajer..)
  • 2-3 sudu mkn susu tepung
  • 1 biji kuning telur
  • 1/4 st serbuk lada sulah
  • 1/4 st serbuk buah pala ( x boh pon..)
  • 1 sb butter tanpa garam ( kite guna mentega ajer, x perlu buh garam)
  • 1/2 st garam
  • tambahan sedikit tpg gandum (jika perlu~sekiranya melekat pd tngn)
  • kiub keju secukupnya (guna dlm 22 Nos.)

Bahan utk optinal:

  • 2 biji putih telur dikocak sedikit
  • serbuk roti kasar ~ warna oren secukupnya.
  • Minyak utk menggoreng.

Cara menyediakan:

  1. Satukan kesemua bahan dan gaul sehingga x melekat pada tangan..sekiranya melekat leh tambahkan sedikit2 dgn tepung gandum.
  2. Ambik sedikit adunan, masukkan kiub keju dan buatkan bebola..sehingga siap.
  3. Golekkan bebola keju td kedalam serbuk roti ~ kemudian celupkan pula dlm putih telur dan digolek sekali lagi dlm serbuk roti ~ buat sehingga selesai.
  4. Goreng dlm minyak penuh dgn api serdahana sehingga bebola td masak
  5. Hidangkan bersama sos ~ sdp dimakan ketika masih panas2 suam.

*Pada kwn2 yg nak cari kiub keju tu, nie...ade contohnya!! leh cari kat Giant/pasaraya2 besar.

Selasa, Mac 02, 2010

Paratha Telur Gulung


Salam semua...bertemu lagi di alam maya. Hari nie zana nak entrykan pulak menu sarapan pagi anak2 kesekolah. Kalau difikir2kan...hari2 nak buat sarapan ape utk anak2 nie., bila buat benda yg sama, rasa jemu pulakkan. Pagi td...tengok2 dlm aisbox tu ade roti paratha yg instant, jd zana pun buatlah! "Paratha Telur Gulung" nie. Rasanya dah banyak kwn2 yg mencubanyakan? kali nie, zana buat ikut citarasa tuan gumah ler!!! Kalau nak ikut resepi dari Kak Ummi atau Gent pun boleh!! kite pun cilok idea dr sini hi.. hi!!
Bahan2nya:
  • 5 keping instant paratha (Jenama Kawan)
  • 4 biji telur grid A ~ dipukul sedikit
  • 1 biji tomato buah dicincang (tomato sederhana kecil)
  • 1/4 kiub perasa ayam
  • sedikit hirisan daun bawang dan sadri
  • 1/2 labu bwg besar dicincang

Cara membuatnya:

  1. Panaskan non-stick pan dan letakkan beberapa titis minyak masak dan goreng paratha hingga sedikit garing kedua2 belah. Buat hingga siap dan ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain, campurkan telur bersama bawang, daun bwg/sadri, tomato dan kiub perasa, kemudian dikacau rata.
  3. Gunakan pan yang sama, letak sedikit minyak dan tuangkan 1 1/2 senduk kecil adunan telur, biar adunan membulat dan tekapkan segera paratha yang telah digoreng tadi.
  4. Masak lebihkurang 2 minit dan bila adunan telur telah melekat pada paratha, angkat ke dalam pinggan leper~buat hingga habis.
  5. Gulungkan terus ketika masih panas. Potong ikut citarasa dan atur dalam pinggan. Hidangkan bersama kuah kari atau sos cili.

Isnin, Mac 01, 2010

Urap Jagung...


Hai!!!! salam semua & selamat petang??... dah minum ptg blm?..jom kita makan "Urap Jagung"... sekali rasa mcm ABC... la pulak!! resepinya zana cedok dlm majalah SEDAP...tp diolah semula ikut citarase kite ler!!! kita tengok resepinye ok!
Bahan2 yg diperlukan:
  • 1 cawan beras pulut }
  • 1 cawan beras pulut hitam} ~ direndam selama 1 jam
  • 1 cawan jagung yg telah direbus dan dikopek isinya (dlm setongkol jagung manis)
  • 120gm kelapa parut
  • 1/2 - 3/4 cwn air/secukupnya
  • 1/2 sk garam

Bahan utk sos: (optional)

  • 150gm gula melaka dihiris2
  • 2 helai daun pandan
  • 1/2 cwn air
  • secubit garam
  • susu cair secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Selepas sejam toskan beras pulut & pulut hitam~digaul sekali, kemudian dikukus sehingga pulut betul2 masak.
  2. alihkan pulut kedalam bekas dan gaulkan bersama jagung dan kelapa parut sehingga rata atau sebati, kemudian masukkan air dan garam~gaul lagi biar sebati.
  3. Kukus semula ~ selama 30 minit atau sehingga masak...dan bolehlah ditutup apinya.
  4. Utk sos: Masakkan gula melaka bersama air dan daun pandan sehingga gula cair dan agak pekat sedikit.
  5. Bila nak makan ~ hidangkan bahan kukus tadi dan curahkan sos bersama susu cair - sdp dimakan ketika masih panas atau sejuk..