Selasa, Mei 29, 2012

Kuih Lapis ~ Resepi Kak Fida

Assalammulaikum dan salam sejahtera semua...bersua kembali di petang hari selasa yg mendung jee kat luar tuu...ptg nie nak mengopi ngan ape ek!! ape kata  pekena ngan kuih lapis yg zana buat utk sarapan pg tadi..dan selebihnya di sedekahkan pd jiran sebelah...juga bagi kat abg, kalau kuih2 lembut cam gini kat umah zana ni tak berapa lakulah! tapi zana suka!suka! & suka! mencubanya dan teramat2lah suka kalau apa yg dibuat tuu menjadi eeee..... ^-^ :) jom layan resepi yg zana amik dari kak fida MyR nie.. lemak, lembut, kenyal dan yang penting ia sedap!!


Kuih Lapis

Bahan-bahan ( loyang 8”ΓΈ )
BAHAN A :-
250 g gula pasir (resipi asal 300 g )
200 ml santan pekat (KARA)
250 ml air + 1 sk garam

BAHAN B :-
150 g tepung beras
150 g tepung ubi (tapioca flour)
20 g tepung pulut
300 ml santan pekat (KARA)
150 ml air

BAHAN C :-
beberapa pewarna pilihan
2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara:
  1. Bahan2 A dimasak dengan daun pandan hingga gula larut dan biar suam.
  2. Bahan B disatukan dan kacau rata.
  3. Masukkan bahan A ke dalam bahan B dan tapis.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut suka.
  4. Kukus adunan selapis2 berselang-seli warna pilihan, 5 min tiap lapis dan 10 min untuk lapisan terakhir.Biar kuih sejuk di dalam loyang sebelum dipotong.



9 ulasan:

  1. rajin nya k.zana melapis yer...cantik jer nmpak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kerima kasih adda... mehlah! kita melapis, akak mmg suka melapis nii.. :)

      Padam
  2. Salam Zana :)

    rajin betul menalam...
    minta sepinggan ... ada byk lagi tuh! hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. w`kumslm mama.. terima kasih..berminat sila2kanlah ya.. yg kak rumah tu dah abiss..disedekahkan hehehe...

      Padam
  3. Walaaa... canteeek sangat! Kalau tak laku, meh kongsi dgn Along jer & ramai kekawan sebaya kita mmg suka kuih2 camni kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silalah Along..jangan malu atau segan sila2kanlah..ya.betul tuu.. anak2 memang x berapa suka dgn kuih2 cenggini :(

      Padam
  4. sedapnya..fav kita nie..ada lg x nie?..he hehe

    BalasPadam
  5. salam ramadhan dan selamat berpuasa buat Zana sekeluarga, elok kejadian kuih lapis Zana

    BalasPadam