Khamis, Mac 03, 2011

Kek Coklat Fudge Yogurt


Assalamualaikum semua...n salam sejahtera, keudara lagi dipetang hari nie....dah minum ptg ke belum? jemput2lah mkn ya, tp x sempat nak potong lagi...lah! sebenarnya zana buat utk anak dara kecik tu, ole2 kesekolah sempena sambutan Maulidur Rasul di sekolahnya. Siap aje topping pagi tadi zana mskkan dlm taperware...pandai2lah cikgunya nak potong mcmne heheheeee....bekalkan pisau plastik sekali....sonang. Resepinye zana ambik dari dapur
Ros jintanmanis.. tkasih.....

Kek Coklat Fudge Yogurt
sumber resepi:
rosmarlina@jintanmanis.com

Bahan-bahannya

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 1/2 cawan mentega
  • 3/4 cawan gula
  • 1 cawan air suam
  • 1/2 bar ( 150gram) coklat masakan
  • 1/3 cawan serbuk koko
  • 3 biji telur
  • 1/2 cawan natural yogurt ( plain yogurt)
  • ( beberapa titik esen vanila)

*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk.

Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko, baking powder dan baking soda, kemudian dengan menggunakan double boiler, cairkan coklat masakan dan mentega, angkat dan sejukkan sebentar.

2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.

3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila serta coklat masakan dan mentega yang telah dicairkan tadi, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.

4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 18cm/7” dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan dan bakar pada suhu 180darjah selama 1 jam, sejukkan atas redai, untuk hiasan, toppingkan dengan cooking coklat dan hias ikut kreativiti anda, selamat Mencuba.

2 ulasan:

  1. sedapnya suka mkn kek coklat tp nape la malas sgt nk buat...hehehe...

    BalasPadam
  2. salam..suami suka kek yg ada coklat..ada masa leh datang amik resipi ..leh tak?

    BalasPadam