Jumaat, Oktober 29, 2010

Serimuka Durian



Salam...bertemu lagi! Serimuka Durian nie buat sarapan pagi zana n keluarga...dah lama nak membuatnya tp baru sekarang ni terlaksana memandangkan stok durian masih ade dlm aisbox tu...resepinya zana ambik dari buku Aneka Talam & Kuih Lapis dan chefnya dah tentulah kak hanieliza..tkasih ya kak!

Serimuka Durian
(sumber: Aneka Talam & Kuih Lapis)

Bahan Lapisan Bawah:
  • 2 1/2 cwn santan cair + sedikit garam
  • 2 cwn pulut - direndam selama 3 jam

Cara Membuatnya:

  1. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukus hingga pulut masak.
  2. Minyakkan sedikit loyang lain dan tekankan pulut yg telah masak tadi.
  3. Kukus semula dan tuangkan adunan lapisan atas.

Bahan Lapisan Atas:

  • 2 cwn santan pekat
  • 1/2 cwn isi durian
  • 3 sudu makan gula perang
  • 3 sudu makan tepung gandum}
  • 3 sudu makan tepung kastard} diayak
  • 1 1/2 sudu makan gula pasir
  • 1 sudu teh garam

Cara Membuatnya:

  1. Satukan santan, gula perang dan durian dalam pengisar ~ kisar sehingga sebati
  2. Tuangkan bancuhan ini kedalam mangkuk. Masukkan tepung gandum dan kastard ~ gaul hingga rata.
  3. Kemudian masukkan gula pasir dan sedikit garam ~ kacau hingga adunan sebati/rata.
  4. Panaskan adunan ini dalam kuali non stick sebentar.
  5. Tuangkan adunan keatas pulut dan kukus lagi selama 30 min.
  6. Apabila telah masak, sejukkan selama 3-4 jam dan barulah dipotong.

Khamis, Oktober 28, 2010

Terung Bakar Berlauk


Ini pulak menu sampingan...
Terung Bakar Berlauk

Bahan2nya:
  • 3-4 biji terung panjang dipotong 4cm
  • 4 batang sosej daging dipotong serong (bentuk mcm btg mancis)
  • 2 biji cili merah dihiris
  • sedikit hirisan daun dan batang selery
  • 1 sudu besar halia]
  • 1 sudu besar bawang merah] yg sudah dihiris
  • 1 sudu besar taucu
  • 1 sudu kecil jus asam jawa + 100ml air

Bahan A:

  • 1 1/2 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu kecil gula pasir
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah

Cara Menyediakan:

  1. Panggang terung dengan 2 sudu kecil minyak masak hingga lembut, kemudian letakkan terung di dalam pinggan.
  2. Panaskan 2 sudu minyak masak dan tumiskan halia, bawang merah , cili merah dan selery sehingga layu
  3. Masukkan taucu, hirisan sosej diikuti bahan A dan masak hingga naik bau.
  4. Seterusnya masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa. Masak hingga pekat
  5. Kemudian tuangkan di atas terung bakar tadi. Enak dihidangkan ketika masih panas.

Kari Ketam Istimewa..


Assalamualaikum kwn2...bertemu kembali...,berkat doa keluarga dan kwn2 alhamdulillah hari ini zana terasa sihat sedikit. Jadi utk memenuhi tuntutan blog, yg sudah agak lama zana x entrykan menu2 yg menjadi hidangan keluarga....

Kari Ketam Istimewa
(sumber:saji online)
Bahan2nya:
  • 3 ekor ketam (potong dua)
  • 1 sudu kecil herba campur
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan air asam jawa
  • Sedikit air
  • Garam dan gula secukupnya

    Bahan kisar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 cm halia

Cara Menyediakan:

1. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan herba campur, serbuk kari, daun kari dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan air asam jawa dan sedikit air dan tumis lagi.
4. Masukkan santan, garam dan gula secukup rasa.
5. Apabila kuah mendidih, masukkan ketam, dan biarkan ia masak. Sedia utk dihidangkan...

Isnin, Oktober 18, 2010

Bertemu kembali....untuk sekian kalinya!

Assalamualaikum semua.. dah lama zana x menjenguk2 blog kesayangan zana nie....sawang2nya pun dah memenuhi ruangan inikan...tp apakan daya saat2ku tak terdaya nak menyisipkan entry2 di sini...saat2 aku terlantar di rumah sakit, berulang alik dari rumah ke hospital, hampir setiap minggu dan di saat itu juga aku perlukan teman2 tp...rupanya aku bukanlah keseorangan, ramai orang2 yg senasib dgn ku...aku bersyukur! aku masih ade suami disisi, anak2, mak dan keluarga yg banyak memberikan aku kekuatan dan semangat utk meneruskan perjuangan ini. Demi anak2 yg masih kecil dan memerlukan perhatian serta belaian kasih sayang. Akan ku harungi juga Ya Allah! aku reda dgn apa yg telah kau beri padaku dan aku bersyukur kerana kau panjangkan umurku! Jangan kau tanya wahai kawan2ku apa sakit yg kuhadapi ini...cukuplah dgn Doa yg ikhlas dari mu.....supaya aku cepat sembuh. Dan masih ade ruang lagi utk aku di SINI insya`allah.......

*gambar kenangan aku dan anak2 utk tatapan kwn2 yg berkunjung kesini...

Selasa, Ogos 17, 2010

Apam Pisang Kukus



Kuih pemanis mulut utk berbuka puasa hari yg kedua ari tu....

APAM PISANG KUKUS
(Sumber : Resipidiana/ rinnchan fp)

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 8 biji pisang emas (sederhana besar)
  • 3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak) , zana guna canola oil
  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 cawan gula, Rinn guna 3/4 cawan
  • secubit garam

Cara-cara :

  1. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
  2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
  3. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak.
  4. Kemudian masukkan tepung gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana.

*Nota: Kukusan hendaklah dipanaskan terlebiih dahulu dan tutup kukusan perlu dibungkus dengan kain supaya wap tidak jatuh keatas permukaan kuih.

Acar Buah...



Assalamualaikum w.t.h.... hai bertemu lagi utk kali ini, setelah hampir 2 minggu tak keudara, rindunye rasa diri nie dgn blog ke sayangan ku ini. Apakan daya keadaanku tidak mengizinkan, alhamdulillah hari ini, terasa agak sihat sedikit dan ade mood utk memblog pulak! hari nie zana nak entrykan menu zana yg dah tertungguk sebelum minggu puasa ari tu...buat utk pembuka selera waktu sahurku...kononnyer!! hehehe....

Acar Buah...
(sumber : Majalah SEDAP)
Bahan2nya:
  • 100gm buah kana
  • 100gm buah ceremai (ganti dgn ceri hitam)
  • 100gm buah plum (ganti dgn ceri merah)
  • 100gm halwa mangga (tambah sendiri)
  • 100gm buah pala (ganti dgn 50gm buah kedondong dibelah2)
  • 50gm halia (30gm aje cukup) }
  • 50gm bwg merah }
  • 40gm bwg putih } - dikisar
  • 30gm serai (dlm 3 btg diketuk)
  • 50gm pes cili ( 30gm aje memadai)
  • 50gm gula
  • 10gm garam halus
  • minyak secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan2 yg dikisar dan serai. Kacau rata sehingga berbau harum.
  2. Selepas itu masukkan pes cili dan kacau rata sehingga sebati dan pecah minyak.
  3. Perasakan dengan gula dan garam, kemudian dikacau rata.
  4. Masukkan buah kana, ceremai, plum, ceri dan buah pala. Kacau rata dan masak di atas api sederhana.
  5. Angkat dan sedia utk dihidangkan ~ taburkan dgn sedikit bijan yg telah disangai...

Selasa, Ogos 03, 2010

Birthday Waher



Salam/salam sejahtera & selamat malam pd rakan2 yg mengunjungi blog zana nie.., tkasih. Kali nie, zana buat entry di malam hari pulak!...sempena hari lahir sikecik ku yg ke 4 tahun td, x de apa2 yg dpt mama buat utk waher...hanyalah cup cakes yg comel2 nie aje...dari ummi/abg faiez. Doa mama, semoga waher menjadi anak yg soleh/soleha dan menjadi insan yg berguna suatu hari nanti, juga pada semua anak2 mama....Along, Angah & Aleq......Amin!!!!
Tkasih pd Ateh & Faiez...for cup cakes tu!!