Rabu, Februari 01, 2012

Apam Pisang Kukus @ Kek Pisang

Salam kepada semua pengunjung yg sudi singgah di dapur zana nie...tkasih daun keladi : -)) Hari ni KL cuti lagi sempena hari wilayah, disebabkan kita je yg bercuti, jd zana layanlah blog ni..update ape yg patut., sementara menunggu anak balik dari sekolah..ari ni zana nak n3kan resepi apam pisang nie, sedap, lembut dan gebu aje. Sebelum nie zana pernah mencubanya DI SINI resepi dari kak Rinnchan fotopages..nama "apam pisang kukus"...tp kalau dilihat mcm "kek pisang kukus" la pulak! hehehe... : P memang puas hati kalau membuatnya..cubalah kalau nak tau..resepinya zana dah edit sikit..
Apam Pisang Kukus
resepi: Resepi Diana/ kak rinnchan
Bahan2nya:

  • 2 cwn tepung gandum*
  • 1 st baking powder* (* diayak)
  • 8-10 biji pisang (sederhana besar)
  • 1 st soda bikarbonat
  • 1/4 st esen pisang (sbg tambahan)
  • secubit garam
  • 3/4 cwn minyak canola
  • 3/4 cwn gula halus
  • 3 biji telur gred 'A'
Cara Membuatnya:
  1. Ayak tepung gandum dan baking powder, kemudian lecek pisang bersama baking powder dan garam sehingga hancur dan ketepikan.
  2. Dalam bekas yg lain, satukan telur, gula dan minyak ~ pukul sehingga pekat dan berkrim.
  3. Masukkan pisang lecek dan gaul rata diikuti dgn tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati..masukkan esen dan digaul lg.
  4. Tuangkan dlm loyang yg telah digris dgn mentega dan kukus selama 45 min dgn api serdahana sehingga masak.
  5. Apabila sejuk bolehlah dipotong sebagai hidangan waktu pagi/ptg..

5 ulasan:

  1. Salam petang hari...cantik dan gebu apam pisang tu...sampai skang tak past2 lagi buat..nak try pakai resepi nilah bila nak buat nanti...huhu terliur dah ni..mintak izin copy simpan dalam waiting list ye...TQ

    BalasPadam
  2. salam zana...dh lama liza cari resepi apam pisang ni, baru jumpa...liza salin dulu resepi yer...thnx

    BalasPadam
  3. salam Zana
    Nampak gebunya apam pisang ni.. sedapnya kalau dapat makan utuk minum petang..

    BalasPadam
  4. Apam pisang kukus kak rinn ni memang sedap sangat! Semenjak saya dah cuba, saya tak tukar dah ke resipi lain.

    BalasPadam
  5. Lapar plak tengok apam pisang nie.. hehe

    BalasPadam