Selasa, Januari 31, 2012

Kek Lapis Malim Kundang

Salam & salam sejahtera semua... hari ini zana bersiaran lagi..kali nie zana nak share resepi kek lapis, kek lapis nie zana buat minggu lepas..taulah boring kalau duduk di rumah x buat apa2kan? lagi2 kalau cuti2 panjang,.makan tido..makan tido jer!! berat badan pun naik hehehe...kek lapis nie lapisannya agak tebal sikit kat lapisan coklat, sebab adunan utk lapisan tu agak kering sedikit mungkin campuran kelapa parut kot..dan pd lapisan yg sama diletakkan pulak dgn `coklat crispy' ... sedap juga.  Resepi nie zana amik dari dapur DJ, tengok Dj buat cantik jerr!! ni yg jelous ni..yalah org semenanjug buat mana nak sama dgn org Sarawak yg buat! betul x Dj..komen2ler sikit.. : P ape2 pun tkasih dj kerana share resepi ni.. ok! kite semak resepinya...akak cnp je ya DJ :))

Kek Lapis Malim Kundang
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 10 biji telur 
  • 450g mentega
  • 300g tepung hong kong atau tepung gandum
  • 180g gula kastor (+/-)
  • 300g susu pekat manis
  • 150g horlicks
  • 190g jem strawberi
  • 100g kelapa parut kering (DJ guna 50g santan serbuk)
  • Coklat Crispy secukupnya
  • 1 sudu besar ovallete
  • pewarna merah, kuning dan coklat

cara-cara :
  1. Pukul telur, gula dan ovallete sampai kembang.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan sebatikan.
  3. Dalam bekas yang lain, mentega dan susu pekat diputar sampai putih.
  4. Kemudian satukan adunan mentega dengan tepung tadi. Sebatikan.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan merah, kuning dan coklat.
  6. Untuk adunan merah, masukkan jem strawberri dan kacau rata-rata.
  7. Adunan kuning dimasukkan serbuk horlick. Kacau sampai sebati.
  8. Manakala adunan coklat dimasukkan kelapa parut kering.
  9. Sediakan loyang 8" x 8". Griskan dengan mentega. Ambil sedikit adunan kuning dan ratakan. Kemudian bakar/grill hingga masak (guna api atas sahaja) lebih kurang 5 minit. 
  10. Kemudian, masukkan adunan coklat dan susunkan coklat Crispy tadi di atasnya (atau boleh juga bakar lapisan coklat terlebih dahulu lepas tu barulah disusunkan coklat Crispy di atasnya seperti dalam gambar). Bakar hingga masak. 
  11. Kemudian, masukkan pula sedikit adunan merah dan bakar. Ulangi proses hingga habis. 
  12. Untuk lapisan terakhir, bakar selama 5-6 minit atau hingga kek keperangan. Dan bakar lagi selama 10-15 minit dengan menggunakan api bawah supaya kek masak sempurna.
  13. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. 






2 ulasan:

  1. salam zana...liza bab2 nk membakar kek ni selapis2 yg malas tu...tp suka sgt bab mkn....hihihihi

    BalasPadam
  2. suka kek lapis2 gini,tapi mmg tak terbuat,kena banyak sabar kan zana,tengok resipi ngeri..mesti sedap.rajin betul zana..

    BalasPadam