Sabtu, Januari 28, 2012

Sambal Tumis Daging

Assalamualaikum semua...n salam sejahtera, bersua lagi..kita. Hari nie zana tak kemana-mana cuma duduk di rumah jer..buat kerja2 rutin kat rumah ler!!! hehehe, dulu masa ade org gaji mcm2 hal...tak tahanlah, mencuri dan larilah, tunangan x bg kerjalah, nak kawinlah, ade tu kita dah buatkan permit..permit lepas, medical x lepaslah pulak, duit dah banyak habis. tulah kalau ambik maid Indon yg de kat sini.. mcm2 hal. Sebelum ni ade maid yg berpermit tp xlah macam ni... La ni, dah malas nak pikir2kan...dah jd fobia nak ambik yg baru. nasib baiklah de anak2 dara ku yg membantu...walaupun waktu cuti sekolah jee..tkasih along, tkasih angah. Oklah! panjang pulak zana celoteh, kalau nak ceritakan lg sampai sok pg x habis2..hehehe :)) ((:  Jom layan resepi pulak..
Sambal Tumis Daging
resepi: zanavilla

Bahan2nya:

  • 300-400gm daging segar dipotong kecil
  • 2 btg serai dititik
  • 5 biji bwg merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 1" halia* (*ditumbuk halus)
  • 3-4 sb cili kisar
  • 1 labu bwg besar dipotong bulat
  • 1 st pes asam jawa adabi
  • garam/gula secukup rasa
  • sedikit minyak
Cara2nya:
  1. Rebus daging dgn sedikit air sehingga empuk dan ketepikan
  2. Panaskan sedikit minyak ~ tumis serai, bahan kisar sehingga wangi dan layu
  3. Masukkan cili kisar dan kacau sebati kemudian masuk daging bersama airnya sekali ~ dikacau rata
  4. Selepas itu, masukkan pes asam jawa dan bawang besar ~ kacau lg, rasakan dgn sedikit garam/gula dan tunggu sehingga terbit minyak..barulah tutupkan apinya
  5. Hidangkan...sedap dimakan bersama nasi panas

1 ulasan:

  1. Assallamualaikum kak Zana..
    Ermmm.. menyelerakan sungguh sambal tumis daging akak ni.. Makan roti dan cicah sambal ni pun sedap..nyumm..nyumm...

    BalasPadam