Jumaat, November 12, 2010

Asam Pedas Daging


Assalamualaikum... hari nie zana nak entrykan menu lauk yg x sempat zana entrykan dahuluu...barangnye jangan ditanya2 lagi semuanye dah selesai...Tp hari nie zana masak asam pedas jugak...(asam pedas ikan merah dgn terung sodaplah jugak kena dgn nasi panas - alhamdulillah)
Asam Pedas Daging

Bahan2nya:
  • 250gm daging - dipotong dan direbus terlebih dahulu
  • 1" halia }
  • 1" lengkuas }
  • 2 labu bawang besar } ~ dikisar halus
  • 5 ulas bwg putih }
  • 1" kungit hidup }
  • 2" belacan }
  • 5 sdb cili mesin
  • 2 batang serai ~ diketuk
  • 1 cwn air + 1 sdb pes asam jawa
  • 6-8 helai daun limau purut
  • sedikit minyak dan air
  • garam secukup rasa

Cara Membuatnya:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan2 yg telah kisar bersama cili mesin sehingga garing dan naik bau.
  2. Masukkan air asam jawa, sedikit air, daging yg telah direbus beserta air rebusan, lengkuas, serai dan garam.
  3. Setelah mendidih barulah masukkan pula daun limau purut dan dikacau sebati.
  4. Rasakan garam dan apabila masak bolehlah dihidangkan...

1 ulasan: