Sabtu, November 06, 2010

Sop Ayam Kampung...



Hari nie menu utk makan t/hari zana masak Sop Ayam Kampung kena dgn sambal udang dan berulamkan salat/timun , dimakan pula dgn nasi panas...jemputlah!
Sop Ayam Kampung
Bahan2nya:
  • Seekor ayam kampung dipotong kecil
  • 3 ulas bwg putih diketuk
  • 4 cwn air utk rebusan
  • 1 btg seleri dihiris
  • 1/2 btg lobak merah dipotong dadu
  • 1 biji kentang dipotong dadu
  • sedikit hirisan daun bwg/sadri dan bwg goreng utk hiasan

Bahan tumisan:

  • 4 biji bwg merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 1/2" halia* } ditumbuk halus
  • 1/2" kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 ikat rempah bunjut adabi

Cara menyediakan:

  1. Ayam dicuci bersih ~ masukkan dalam periuk bersama air dan bwg putih, kemudian direbus sehingga mendidih.
  2. Masukkan selery, kentang dan lobak merah biarkan sehingga sedikit empuk.
  3. Panaskan kuali ~ tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang/cengkih dan buah pelaga diikuti bahan tumbuk, sehingga wangi.
  4. Kemudian masukkan kedalam periuk rebusan ayam td bersama rempah bunjut.
  5. Rasakan dgn sedikit garam...setelah masak bolehlah dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan