Jumaat, Julai 30, 2010

Asam Pedas Ayam


Assalamualaikum & salam sejahtera...pd pengunjung2 yg sudi singgah dan tinggalkan pesan/komen diruangan meh borak2...terima kasih zana ucapkan dan maaf kerana zana x dapat membalasnya...Dah makan t/hari lom? hari nie mak tolang masakkan hehe!! alahai sedapnyer air tangan ibu! Jom tengok menunya...
Asam Pedas Ayam
(resepi: mak)

Bahan2nya:

  • 5 ketul peha/kepak ayam ~ dipotong kecil
  • seikat daun kesom ~ dicuci bersih
  • 4 helai daun limau purut
  • 2 btg serai diketuk
  • 5 biji bwg merah*
  • 2 biji bwg putih*
  • 1" halia*
  • 1" belacan* } bahan * ditumbuk halus
  • 1/2 st halba
  • 3 sd makan cili mesin/giling
  • 3-4 cwn air
  • 1 sd makan pes asam jawa
  • garam secukup rasa
Cara membuatnye:
  1. Panaskan kuali ~ tumiskan halba, serai sehingga wangi dan masukkan bahan tumbuk dan dikacau lagi sehingga kekuningan, kemudian masukkan cili mesin dan dikacau rata.
  2. Masukkan sedikit air, diikuti ayam ~ dikacau rata dan biarkan ia merenih...
  3. Selepas itu, masukkan daun kesom juga daun limau purut dan dikacau lagi ~ biarkan sehingga ayam sedikit empuk.
  4. Barulah masukkan air dan pes asam jawa n rasakan dgn sedikit garam.
  5. Setelah masak bolehlah dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan