Rabu, Mac 14, 2012

Terung Goreng Berlado

Salam semua dan bersua lagi, hari nie zana bersiaran di malam hari sambil melayan mata yg hampir saja nak terlena nie...kesian memikirkan blogku ini sentiasa aje ketinggalan utk diupdatekan, namun kugagahi jua..apokan daya...hati kata buatlah! tp mata pulak berkata tidorlah! hehehe saba jer lah aku..oklah! zana ni sebenarnya taklah pandai nak berkata2 maupun bercerita, cukuplah setakat sepatah 2 kata yg dapat ku coretkan. Sisipan utk malam ni...ialah menu yg dah beberapa hari terlepas utk zana uplodekan kat sini.

Terung Goreng Berlado
(resepi : KakJee / sumber : CMG)
tapi ni kite buat cara kite... :))

Bahan2nya:
  • 1 biji terung panjang biru - dibuang sedikit kulitnya dan dipotong2
  • 2 sudu besar udang kering - rendam selama 10min dan toskan
  • 2 sb cili merah yg telah dikisar
  • 5-6 biji cili padi ditumbuk kasar (boleh lebihkan sekiranya suka pedas)
  • 1 labu  bwg besar*
  • 2 ulas bwg putih* - ditumbuk halus
  • 1 biji limau kasturi diambil jusnya
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit daun bawang dan sadri utk hiasan
Cara membuatnya:
  1. Terung dibuang sedikit kulitnya, kerat kepada 4 - 5 bahagian (bergantung pada saiz terung), kemudian belah 4 untuk setiap keratan. Rendam dalam air bergaram.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam non-stick pan (zana guna minyak canola). Kemudian goreng terung tadi kasi dia layu (toskan dulu). Alih dalam bekas. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang kering tadi hingga garing, angkat, tos dan biar sejuk, kemudian tumbuk hingga hancur. Ketepikan. 
  4. Dalam kuali sama, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum dan garing, guna api sederhana. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, kacau lagi dan masukkan jus limau kasturi.
  5. Masukkan terung, gaul hingga rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  6. Tabur udang kering tumbuk atas sambal tadi dan tabur juga hirisan daun bawang sebagai hiasan,jika suka. Hidangkan bersama nasi hangat....(tp apa yg zana buat! zana gaulkan semua sekali hehehe.. yg penting rasanya tetap sedap)

3 ulasan:

  1. kalau makan kat kedai, jumpa lauk ni memang tak pandanglah lauk lain, sebab jarang masak sendiri, sorang2 makan nanti :-))

    BalasPadam
  2. aslmkm..suka..suka..saya suka gak menu gini..

    BalasPadam
  3. salam kenal dan ziarah disini..sy follow blog akk..:)

    BalasPadam