Serai dan Khasiatnya
Buat pertama kali, Benny Zabidov seorang petani dari Kfar Vedidya,
Israel memiliki sebuah ladang di desa yang ditanam dengan pelbagai rempah ratus
tetapi tidak memahami kenapa terlalu ramai pesakit kanser dari seluruh pelusuk
negara datang untuk menemuinya hanya untuk mendapatkan bekalan serai segar di
ladang milik beliau.
Beliau diberitahu oleh pesakit-pesakit tersebut
telah dihantar oleh doktor-doktor mereka untuk mendapatkan bekalan serai segar
dari ladang beliau bagi kegunaan perubatan.
“Pesakit-pesakit ini juga disarankan meminum
sebanyak lapan gelas air panas yang direndam bersama serai segar pada hari
mereka akan menjalankan radiasi dan rawatan kemoterapi,” kata Zabidov kepada
pihak ISRAEL21c. “Inilah tempatnya diseluruh Israel dimana kita boleh memperolehi
serai yang segar.”
Semua ini berlaku pada tahun lepas apabila para
penyelidik di Universiti Ben Gurion, Negev menemui kandungan bauan atau aroma
lemon didalam rempas ratus seperti serai dapat membunuh sel-sel kanser tanpa
merosakkan sel-sel lain yang sihat didalam badan pesakit.
Pasukan penyelidik ini diketuai oleh Dr. Rivka
Ofir dan Prof. Yakov Weinstein, kini adalah orang-orang bertanggungjawab di
Katz Chair di dalam (cell-differentiation and malignant diseases) daripada
Jabatan Microbiologi dan Immunologi di Universiti Ben Gurion (BGU).
“Citral” ada kunci utama yang memberikan rasa dan
bauan seakan lemon didalam sebahagian jenis herba atau rempah ratus seperti
serai (Cymbopogon citrates), melissa (Melissa officinalis) dan verbena (Verbena
officinalis).
Menurut Dr. Ofir, hasil daripada penyelidikan
mendapati “citral” akan menyebabkan sel-sel kanser ini “membunuh diri sendiri”
dengan mengunakan “apoptosis”, sejenis mekanisme yang dikenali sebagai sistem
sel mati. Hanya dengan meminum sebanyak satu gram air rendaman serai segar
sudah cukup untuk “citral” telah memaksa sel-sel kanser membunuh diri didalam
bekas kajian.
Para penyelidik di Universiti Ben Gurion (BGU)
memeriksa keberkesanan”citral” ini pada sel-sel kanser dengan memasukkannya
pada kedua-dua jenis sel iaitu sel-sel kanser dan sel-sel yang sihat dan
dibiarkan membiak dalam bekas kajian. Quantiti “citral” yang dimasukkan adalah
satu gram sama seperti kandungannya didalam secawan teh panas yang direndam
bersama serai dan didapati “citral” ini hanya membunuh sel-sel kanser sahaja
manakala sel-sel sihat tidak mengalami sebarang kerosakan.
Penemuan ini telah dipaparkan didalam sebuah
journal sains iaitu “Planta Medica”, dimana journal ini mengetengahkan tentang
penyelidikan sampingan atau alternatif dan kegunaan rempah ratus. Sejurus
selepas penemuan ini berjaya, ianyanya dipaparkan sekali lagi didalam surat
khabar yang paling popular di Israel.
Bagaimana “citral” ini berfungsi? Tiada siapa pun
ketahui akan tetapi para penyelidik dari Universiti Ben Gurion (BGU) mempunyai
teori terhadapnya.
“Dalam sel didalam badan kita, terdapat satu
sistem gen yang mengawal sistem sel-sel mati. Sekiranya sistem tersebut salah,
sel-sel didalam badan kita akan membahagi dengan tidak menentu dan seterusnya
menyebabkan terbentuk sel-sel kanser. Didalam sistem sel-sel yang sihat,
sekiranya sistem tersebut tidak berjalan dengan betul – sebagai contoh, bila
mendapati sel-sel tersebut mengandungi gen-gen yang rosak maka sel-sel tersebut
akan menjadi sel-sel mati didalam badan,” kata Weinstein. “Penyelidikan ini
berupaya untuk menjelaskan kita tentang kebaikan serai”.
Kejayaan dari hasil penyelidikan ini telah menemui
satu kesimpulan bahawa serai mengandungi “citral” yang menjadi bahan untuk
menentang sel-sel kanser didalam badan kita.
Apa yang diketahui dari hasil penemuan oleh
Universiti Ben Gurion (BGU) didalam akhbar, ramai ahli-ahli fizik di Israel
mulai sedar dan penyelidikan ini perlu dikaji dengan lebih dalam lagi, doktor
juga menasihati pesakit-pesakit dan kepada mereka yang memerlukannya untuk
melawan penyakit ini.
Tidak hairan mengapa ladang Zabidov iaitu sebuah
ladang serai yang terbesar di Israel menjadi tempat tumpuan kepada
pesakit-pesakit kanser. Mereka amat bertuah kerana ada insan yang bersimpati
dan menghulurkan bantuan. Menjadi kebiasaan bagi Zabidov menyambut kedatangan
pelawat-pelawat dengan menyediakan sebuah cerek besar air teh serai dan
sepiring biskut serta kata-kata semangat buat mereka.
“Bapa saya meninggal kerana kanser dan kakak
isteri saya meninggal pada usia yang muda juga disebabkan kanser,” kata
Zabidov. “Jadi saya paham apa yang dialami atau dirasai oleh mereka. Mungkin
saya tidak tahu mengenai ubat-ubatan tapi saya adalah seorang pendengar yang
setia untuk mereka. Adakalanya pesakit-pesakit ini juga mencerita kepada saya
tentang rawatan mereka yang mahal dan sakit serta apa yang telah mereka lalui
selama ini. Saya juga tidak pernah memberitahu mereka daripada berhenti untuk
berubat dan adalah terbaik sekiranya mereka sentiasa mendalami kaedah-kaedah
sampingan yang sedia ada serta membiasakan diri untuk meminum teh serai ini
setiap hari.”
Dari umur muda lagi, Zabidov sudah berminat dengan
pertanian. Dalam usia 14 tahun beliau sudah memasuki Sekolah Tinggi Pertanian
Kfar Hayarok. Sejurus beliau tamat perkhidmatan dalam tentera, beliau menyertai
satu kumpulan dan mereka menuju ke selatan, suatu daerah padang pasir yang
dikenali sebagai Arava dan menemui tempat yang sangat sesuai untuk pertanian
iaitu Tsofar.
“Kami semua sememangnya berjaya, kami menanam
pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran disitu,” sambil tersenyum beliau
berkata,”kami dapat membesarkan anak-anak yang comel juga.”
Dalam lawatan beliau ke Europa pada pertengahan
tahun 80 an, beliau mula berminat dengan rempah ratus. Pada masa yang sama,
Israel tidak memperdulikan masakan timur seperti sekarang dan hanya beberapa
jenis rempah ratus sahaja yang ditanam secara meluas seperti pasli, jintan dan
ketumbar.
Berjalan-jalan di pasar sekitar bandar Paris dan
melihat kepelbagaian jenis herba serta rempah, Zabidov menyedari semua ini
mempunyai potensi yang baik jika dipasarkan ke seluruh pelusuk negaranya.
Beliau membawa pulang beberapa jenis rempah ratus ke negaranya, “dimana ini
adalah satu kesalahan,” katanya sambil tersenyum dengan rasa bersalah, untuk
melihat bagaimana rempah ratus ini tumbuh di ladangnya kelak. Tidak lama
kemudian, beliau menanam selasih, oregano, tarragon, sawi, sage, marjoram dan
melissa serta beberapa jenis pudina.
Perniagaan beliau mulai berkembang dan beliau
telah membuat keputusan untuk berpindah menuju ke utara, Kfar Yedidya adalah
sebuah tempat yang sangat sesuai, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang
satu jam setengah dari Tel Aviv. Sekarang, beliau dapat memasarkan ratusan
kilogram serai dalam masa seminggu dan juga menandatangani perjanjian dengan
pengedar untuk membungkus untuk diedarkan ke seluruh pusat-pusat makanan
kesihatan di negaranya.
Zabidov juga mendalami tentang serai ini dan
kebaikkan “citral” untuk membantu para pelanggan beliau mengetahui lebih lanjut
serta menjemput beberapa penyelidik perubatan ke ladangnya, memberi penerangan
bagaimana dan kenapa “citral” berfungsi.
Beliau juga berasa bertanggungjawab untuk memberi
tahu kepada para pelanggannya tentang kebaikkan serai. “Apabila saya menyedari
apa yang berlaku, saya terus menelefon Dr. Weinstein di Universiti Ben Gurion
kerana ada diantara para pelanggannya bertanyakan apakah cara yang terbaik
untuk menggunakan “citral” ini. Dr Weinstein memberitahu adalah baik sekiranya
serai direndam didalam air panas dan meminumnya sebanyak lapan gelas sehari
sebagai amalan.”
Zabidov sangat berpuas hati dengan pennemuan
penyelidikan ini bukan disebabkan keuntungan bisnis tetapi kerana ianya dapat
meningkatkan tahap kesihatan beliau sendiri.
Walaupun berita tentang penemuan ini disiarkan,
beliau dan keluarga juga sememangnya sudah mengamalkan minuman air rendaman
serai ini bertahun lama, “kerana rasa airnya yang sedap.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan