Memaparkan catatan dengan label Nasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasi. Papar semua catatan

Isnin, Disember 12, 2011

Nasi Tomato & Ayam Masak Merah

Assalamualaikum semua...apa khabar? Bersua lagi kita di bulan Dis ini...lama zana x update blog kesayanganku ini. Haiii!!! pejam/celik2 sekejap je dah penghujung tahun 2011 kan...nii dah pun pertengahan bulan Muharram 1433H terlalu cepatku rasakan... Oklah! hari ni, zana nak n3kan menu2 yg dah lama tertunggak dan foto2 yg duduk tersimpan elok dlm folder minta diuploadkan hehehe.... :p
Nasi Tomato
(sumber: kak liza)
by: ZanaRose

Bahan-Bahan: 
5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/mb minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang

Bahan tumis
  • 3 ulas bawang putih - hiris
  • 5 ulas bawang merah - hiris
  • 1 inci halia - hiris
  • 3 biji Buah pelaga
  • 3 biji Bunga cengkih
  • 1 inci Kulit kayu manis
  • 2 kuntum Bunga lawang

Cara:
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..
2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..
5. Boleh dihidangkan bersama lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun..
Ayam Masak Merah
(sumber: kak Liza)
by: ZanaRose
Bahan-bahan:
1 ekor ayam ..dipotong kecil..bersihkan dan buh kunyit & garam dan goreng

Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
4 biji tomato
2 S/B tomato sos

kacang peas
bawang besar,,potong gelang
minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara:
1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat




Rabu, Ogos 03, 2011

Nasi Goreng Lada Hitam


Assalamulaikum & salam sejahtera... bersua lagi kita... sekejap aje dah masuk 3 hari kita menjalani ibadah puasakan... begitulah dgn usia kita makin hari akan bertambah seiring dgn hari yg kita lalui. Oklah! hari zana nak n3kan menu nasi goreng lada hitam yg zana buat utk berbuka puasa semalam, memandangkan ade lebihan nasi semasa bersahur tu.. bulan2 puasa nie ikutkan mmg mcm2 nak mkn..terutamanya anak2 nie hihihi!!! Jom layan mata jer ya!!
Nasi Goreng Lada Hitam

Bahan2nya:
  • Satu mangkuk nasi (utk 4 org mkn)
  • 4 biji bwg merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 1 sudu teh lada hitam*} ditumbuk halus
  • segenggam udang basah
  • 1 biji telur
  • 1 keping fish cake didadu
  • 5 btg kacang buncis ~ dihiris serong
  • 1/2 biji lobak merah dihiris mancis
  • 1 biji cili merah ~ dihiris
  • garam secukup rasa
  • sedikit bawang goreng utk taburan
Cara2nya:
1. Panaskan sedikit minyak ~ tumis bahan tumbuk sehingga wangi, masukkan udang basah, fish cake dan dikacau rata, kemudian masukkan telur~ biarkan sekejap dan kacau sehingga sebati.
2. Kemudian masukkan kacang buncis, cili merah dan lobak merah dan dikacau lagi ~ rasakan dgn sedikit garam dan serbuk perasa.
3. Barulah masukkan nasi dan gaul sehingga sebati ~ setelah masak tutup api dan bolehlah dihidangkan.. jika suka boleh taburkan dgn bwg goreng.

Sabtu, Jun 25, 2011

Nasi Ayam Berempah


Salam n salam sejahtera dan selamat berhujung minggu...,hari nie masa utk bersama anak2 setelah lima hari bekerja di pejabatkan? tadi pagi zana terfikir2 nak masak ape.. blankkk!!! bukak/tutup peti sejuk x tau nak masak ape? yg ade dlm peti tu cuma ayam!!!! jadi zana pun malas nak pikir2 panjang terus buat nasik ayam, kali ni zana buat yg berempah pulak...kalau ayam goreng berempah ni memang fav.. anak2ku... tengoklah dia makan!! sedap aje... ^_^ :D .....
Nasi Ayam Berempah
(sumber: zanavilla)
Bahan2 utk nasi:
  • +-600gm beras basmathi + wangi
  • 2"halia*
  • 5 ulas bwg putih*} ditumbuk halus
  • 2 helai daun pandan
  • 1/2 kiub ayam maggi + air rebusan ayam
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak + sesudu margerin utk tumisan
Bahan utk sop & ayam berempah
  • 1 ekor ayam dipotong 4 (zana ambil 3/4 bhgn ajer)
  • 1 bunjut rempah sop
  • air secukupnya menutupi ayam
  • garam secukup rasa
  • 4 biji bwg merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 1" halia*} ditumbuk halus
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • Minyak utk goreng terendam
Bahan utk sos
  • 6 biji cili merah
  • 5 ulas bwg putih
  • 1 sdt gula pasir
  • 1 sdm sos tomato
  • secubit garam
  • 2 sdm jus limau kasturi
  • sedikit air masak
Bahan sampingan:
  • hirisan timun, salat dan tomato
  • sedikit hirisan daun sadri dan bwg
Cara2 penyediaan:
1. Masukkan ayam dan air menuputi keseluruhan ayam kedalam periuk dan masukkan sop bunjut adabi, kemudian rebus sehingga mendidih.
2. Ayam yg telah empuk dikeluarkan ~ kemudian ketepikan.
3. Ambil bahan2 yg telah ditumbuk dan rempah kari juga sedikit garam ~ gaulkan bersama2 ayam kemudian perapkan selama 20 min.
4. Sementara itu, cuci beras terlebih dahulu... Panaskan minyak + marjerin dlm periuk letrik (atas api gas), tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi dan masuk daun pandan ~ dikacau rata dan tambahkan sedikit air rebusan, barulah masukkan beras~ kacau rata
5. Alihkan periuk kedlm bekas letrik dan masukkan air sama banyak dgn beras dan tekan on. Biarkan sehingga nasi masak.
6. Ambil ayam yg telah diperap tadi dan goreng dlm minyak panas sehingga masak (tak perlu lama sbb ayam tu telah direbus td, cukuplah nampak sedikit kekuningan)
7. Angkat dan bolehlah dihidangkan bersama dgn timun, daun salat dan tomato. Siap!! jemputlah....


Selasa, Mac 15, 2011

Nasi Goreng Berlauk

Salam dan selamat t/hari...bertemu lagi..., hari nie zana nak entrykan menu mkn mlm minggu zana yg lepas...hehehe!!! x sempat nak entrykan~biasalah zana nie hari minggu mmg x dpt nak pegang komputer 2, bz memanjang aje makcik nie....mcm2 program ade kesana kemari ngalahkan bos2!!! ok lah!
Nasi Goreng Berlauk

Bahan2 utk nasi goreng

  • Nasi putih secukupnya
  • 5 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*} ditumbuk halus
  • 4 biji cili api diketuk
  • 1 btg serai dimayang halus
  • Sepeket perencah nasi goreng tomyam
  • 2 helai daun limau purut dihiris halus
  • 1-2 biji telur

Cara2nya:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi
  2. Masukkan perncah nasi goreng dan dikacau rata, kemudian masukkan serai serta daun limau purut dan dikacau lagi.
  3. Pecahkan telur dan dikacau rata, barulah masukkan nasi dan digaul sebati
  4. Setelah masak..ketepikan.

Bahan2 utk lauknya:

  • 1 labu bwg besar dipotong bulat
  • 2 ulas bwg putih dicincang
  • 3 kuntum brokoli dipotong kecil
  • 8 btg kacang parang dipotong serong
  • 3-4 ekor sotong sederhana besar dipotong2}
  • Sepiring kecil hirisan daging lembut} digaul bersama serbuk kunyit dan garam
  • 1 biji cili merah dipotong serong
  • 1 helai daun limau purut dihiris
  • Sedikit hirisan serai (ambil sedikit dari bahan nasi)
  • Garam secukup rasa

Cara2nya:

  1. Panaskan sedikit minyak ~ tumiskan bwg putih dan bwg besar sehingga wangi dan masukkan hirisan daun limau purut/serai
  2. Masukkan daging ~ dikacau sebentar barulah masukkan sotong, goreng sehingga kekuningan.
  3. Masukkan sayur2an diikuti dgn hirisan cili merah
  4. Rasakan dgn sedikit garam.
  5. Setelah masak ~ hidangkan bersama2 dgn nasi goreng dan keropok.

Ahad, Ogos 01, 2010

Nasi Lemak Halba



Salam dan salam sejahtera pd pengunjung2 yg singgah kedapur zana..n selamat berhujung minggu.. Hari nie, zana nak entrykan menu sarapan pg zana sekeluarga. Rasanya dah lama zana x membuat nasi lemak nie, itu pun atas permintaan anak2, zana buat juga. Dah tentu ramai kwn2 yg pakar membuat nasi lemak nie kan!! jom! layan resepi zana nie..

Nasi Lemak Halba.
Bahan2nya:
  • 3 cwn beras ~ cuci dan toskan
  • 2 cwn santan pekat
  • 2 cwn air
  • 2 biji bwg merah dihiris nipis*
  • 1omm halia dihiris halus*
  • 1 btg serai diketuk*
  • 2 sudu minyak masak
  • 1/2 sd makan halba
  • 2 helai daun pandan ~ disimpul
  • 1 sd kecil garam halus

Cara-caranya:

  1. Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing. masukkan air dan santan, kacau sehingga pecah minyak.
  2. Apabila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai dan garam.
  3. Selepas itu masak seperti nasi biasa.
  4. Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur, kacang dan ikan bilis goreng.

Selasa, April 27, 2010

Nasi Goreng Segera...


Salam & selamat ptg pd kwn2 yg berkunjung..."Nasi Goreng Segera" menu mkn t/hari anak2 pulang dr sekolah... nie kes maleh nak buat rencahnye ler!!! lagi pn ade temujanji dgn Dr kul 2pm...so nak cepat buat ler ape yg ade versi main campak2 aje hihihi!!!! Jom makan!!
nak tengok resepinyer!!
Bahan2 yg diperlukan:
  • 500gm nasi putih
  • 2 biji bwg merah + 1 biji bwg putih dihiris2
  • 1 biji telur ayam
  • 5 biji bebola ikan dihiris bulat
  • segenggam udang basah kecil
  • 4 batang sayur sawi
  • sedikit hirisan lobak merah
  • 1 paket rencah nasi goreng ayam (Adabi)
  • bawang goreng utk hiasan

Cara menyediakan:

  1. Panakan minyak ~ tumiskan hirisan bwg merah/putih sehingga wangi
  2. Masukkan udang, bebola ikan diikuti dgn telur dan dikacau rata ~ kemudian masukkan sayur dan lobak merah dan dikacau lagi.
  3. Masukkan nasi dan taburkan rencah nasi goreng ~ dikacau sebati dan biarkan sehingga masak.
  4. Bila nak makan taburkan dgn bwg goreng...jemputlah!