Memaparkan catatan dengan label popia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label popia. Papar semua catatan

Jumaat, Februari 11, 2011

Popia Sayur...

Assalamualaikum...bersua lagi kite, dah lama zana x entrykan apa2 menu kat blog kesayanganku ini...almaklumlah aku telah mula bertugas kembali, jd kerja ku yg tertangguh tu melambak2lah
penatnya Tuhan aje yg tahu...

Popia Sayur

Bahan2nya:
  • 1 paket jejari ketam dipotong dadu
  • 1/2 biji sengkuang dihiris memanjang
  • 1/2 biji lobak merah dihiris mancis
  • sedikit tauge
  • sedikit hirisan daun sadri n bwg
  • 3 biji bwg merah dimayang halus
  • 1 ulus bwg putih dicincang
  • sedikit minyak utk tumisan
  • garam secukup rasa
  • kulit popia secukupnya
Cara2nya:
  1. Tumis bwg putih n merah sehingga wangi...
  2. Masukkan jejari ketam yg telah didadu n digaul sebati
  3. Kemudian masukkan hirisan lobak merah dan sengkuang diikuti dgn taugeh dan hirisan daun sadri dn bwg~ kacau rata dan rasakan dgn sedikit garam.
  4. Tutupkan api dan biarkan sejuk barulah dibungkus dgn kulit popia. Setelah siap bolehlah digoreng utk sarapan pg atau minum ptg.

Khamis, April 08, 2010

Popia Mee Segera...


Salam & salam sejahtera pd kwn2 yg berkunjung...hai!!! bertemu lagi di alam maya ini...Hari nie zana nak entrykan menu sarapan pagi zana sekeluarga dan juga sebagai bekalan anak2 sekolah. "Popia Mee Segera"...sebenarnya zana membuatnya petang semalam...sedikit digoreng dan lebihnya zana simpan utk pg nie..hehehe!!!!biasalah tu..kan!!! mudah sikit keje kite di pagi hari.
Idea nie zana amik dari majalah SEDAP.., tp resepinya tu ikut selera kite ler ye...kite tengok ajelah resepi yg mudah ini.

Bahan2 utk Inti:
  • 2 bungkus mee segera dicelur/dipotong kecil & diasingkan rencahnye (zana guna rencah sayur/ayam)
  • 1 biji telur ayam dikocak sedikit
  • 3 biji bawang merah* ~ dihiris halus
  • 2 ulas bawang putih* ~ dicincang halus
  • 100gm daging ~ dipotong halus
  • 1 biji lobak merah disagat mcm btg mancis
  • 1 biji cili merah dicincang halus
  • 1/2 st rempah kari
  • 50ml air/secukupnya
  • sedikit hirisan daun sadri

Bahan dasar:

  • Kulit popia secukupnya (dlm 24 kpg)
  • 1/2 st tepung gandum + sedikit air (utk gam)
  • minyak masak secukupnya utk menggoreng

Cara2nya:

Inti:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan* sehingga naik aroma
  2. Masukkan daging cincang dikacau rata kemudian masukkan perencah mee + sedikit rempah kari dan dikacau sebati.
  3. Masukkan lobak merah, cili merah.. diikuti telur dan dikacau lagi sehingga telur berbentuk ketulan2, tambahkan sedikit air jika perlu.
  4. Akhir sekali masukkan mee yg telah dicelur td dan digaul sebati
  5. Rasa & tambahkan sedikit garam jika perlu..tutup api dan biarkan sejuk.
  6. Ambik sekeping kulit popia, masukkan inti dan digulung~buat seperti membuat popia biasa tu sehingga habis.
  7. Goreng didalam minyak panas dgn api yg sederhana ~ sedap dimakan begitu shj atau dgn sos.
  8. Sesuai dimakan utk minum ptg atau pun sarapan pg.

Rabu, Mac 24, 2010

Popia Udang & Tauhu


Petang semalam...,belek2 buku SEDAP terbekenanlah pulak dgn "Popia udang & tauhu" so balik aje dari kerja zana, rajinkan diri buat popia nie...tok minum ptg zana dan anak2. Tengok bahan2 yg diperlukan pun ade dlm aisbox. Rasanye boleh tahan, sedap dimakan dgn sos cili dan lagi sedap kalau dimakan dgn kuah kari...yummy2!!!
Bahan2nya: (utk 10 keping)
  • 10 kpg kulit popia
  • 1 biji putih telur sebagai pelekat
  • minyak utk menggoreng

Bahan inti:

  • 2 kpg/150gm tahu lembut ~ dihancurkan dgn garpu
  • 150gm udang basah dicincang halus
  • 1 biji telur ~ dikocak sedikit
  • 1 tangkai daun sadri*
  • 1 tangkai daun bwg* (+ sendiri /dihiris halus)
  • 1 sb/25gm tepung sagu/ubi
  • 1/4 st serbuk lada sulah
  • 1/2 st serbuk lada hitam (+ sendiri)
  • 1/2 st garam
  • 1/4 st gula

Cara membuatnya:

  1. Inti: Campurkan semua bahan2 inti dan dikacau rata.
  2. Ambil sekeping kulit popia dan isi inti. Lipat kulit popia menjadi segiempat dan lekatkan dgn putih telur.
  3. Goreng dalam minyak yg telah dipanaskan dgn api sederhana sehingga masak.

*pss- pesan SEDAP (cuci tauhu dgn air suam, supaya ia x berbau masam)

ini popia sebelum digoreng..........


siap!!!!!!!!!!!jemputlah yea..jgn malu-malu, ambik sorang satu ajer tau..