Selasa, Oktober 11, 2011

Kek Lapis Batik Kenyalang

assalamualaikum dan salam sejahtera.. bersiaran lg pd malam yg sunyi ini utk memenuhi kehendak pemblogger hehehe!!! :)) entry zana pd mlm ni ialah kek lapis batik kenyalang yg zana buat hari minggu yg lepas...apabila melihat DJ membuatnya, terdetik di hati utk membuatnya juga, tetapi ade kisah disebaliknya.. semasa membuat kek ini...jeng! jeng!! oklah! kite tengok gambarnya duluu...ape yg kurang ye..hehehe...tapi rasanya tetap sedap dan lembut jer..bak kata DJ next time kena buat lagi sampai puas hati.. betul! betul! betul! jom semak resepinya pulak ya.. Ape2 pun tkasih pd DJ dan Bro`Rozzan dgn resepi ni., zana c&p jer dari DapurKu SaYang.. :))
Kek Lapis Batik Kenyalang
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
sumber lain : Bro. Rozzan@RSR
by: zanarose
bahan-bahan : loyang 8" x 8" atau 9" x 9"

  • 10 biji telur A
  • 300 g tepung hongkong/gandum
  • 500 g mentega berkualiti tinggi 
  • 160 g gula kastor (kalau nak manis lagi bolehlah tambah)
  • 340 g susu pekat manis
  • 150 g serbuk horlicks
  • 150 g jem strawberi
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • pewarna merah, kuning dan hijau
Cara-cara :
  1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang. 
  2. Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim. 
  3. Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
  4. Setelah itu masukkan jem dan horlicks. Putar sebati.
  5. Akhir sekali masukkan tepung dan esen vanilla. Kacau hingga betul-betul sebati.
  6. Ambil 12 senduk lauk adunan dan ketepikan untuk dibuat 3 lapisan bawah dan 3 lapisan atas(1 lapis 2 senduk adunan). Lapisan ini dibiarkan kosong. Lebihan adunan tadi dibahagikan 3 bahagian diberi warna hijau, merah dan kuning. Kermudian dimasukkan ke dalam piping bag atau botol sos. (Atau terpulang mengikut citarasa anda untuk membahagikan adunannya. Boleh juga menggunakan warna-warna pilihan sendiri)
  7. Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan 2 senduk adunan kosong tadi ke dalam loyang dan bakar/grill hingga masak keperangan dengan menggunakan api atas. Ulangi proses hingga 3 lapisan.
  8. Kemudian, paipkan adunan merah, hijau dan kuning secara berselang seli dan menyerong hingga menutupi ruang lapisan bawah. Grill/bakar lagi hingga masak. Kemudian paipkan semula adunan tadi secara menyerong tetapi bertentangan dan setelah itu dibakar lagi hingga masak. Ulangi proses hingga habis. (boleh tengok step ini DI SINI atau DI SINI)
  9. Untuk lapisan atas, bakar/grill lebihan adunan kosong (6 senduk tadi) sebanyak 3 lapisan(1 lapis=2 senduk) seperti lapisan bawah. Setelah masak keperangan, bakar lagi 10 minit dengan menggunakan api bawah. (suhu mengikut jenis oven masing-masing)



3 ulasan:

  1. Kak Zana, saya dulu sangat rajin buat kek lapis asam manis, sekarang mood melapis dah ke laut.. huhu

    Kak Zana tak cerita pun kejadian di sebalik tabir, storylah sikit, hehe

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Zana, apa khabar? Tu diaaa rajinnya wat kek lapis kenyalang tuh....lapisan yg menyerong tuh untuk kali kedua, masih serong arah yg sama yea...cuma mula letak pewarna lain pulak dr warna-warna yg bawah tu kan..mcm nak buat, adeeii rajin ke x...list pjg komainn dah ni..

    BalasPadam
  3. salam zana.kalau guna 10 biji telur tu memang kena pakai bekas besar kan..skrg ni dah tak rajin dah buat kek lapis..

    BalasPadam