Memaparkan catatan dengan label pastri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pastri. Papar semua catatan

Rabu, Julai 06, 2011

Baked Sardine Roll


Assalamualaikum & salam sejahtera... bersua lagi.. kita. Sebelum keluar utk lunch nie, zana nak n3kan menu sarapan pagi anak2 sek., sardine roll ni zana buat malam td, baunya harum semerbak bila dibakar, resepinya zana amik dari rmh kakWan tp diubahsuaikan ikut ape yg ade dlm rmh ni.. :D sorry ya kak...derhaka sikit jer!!!! Rasanya mmg sedap dan tq kakWan..zana c&p..

Sardin Gulung Bakar / Baked Sardine Roll
(sumber: KakWan)

Bahan-bahan
300gm tepung gandum
120gm marjerin / mentega sejuk
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar air ais (air dari peti sejuk-
eee....zana buh 6sdb)

Inti Sardin
1 tin sardin sederhana
1/2 biji cili merah di cincang (
zana guna 1/8 biji lada banggala)
1/2 biji bawang besar di cincang
1 sudu kecil jus limau nipis (
taruk jus lemon)
1/2 sudu teh garam / secukup rasa
sedikit lada sulah (x letak pon)
1 dahan daun bwg dihiris halus (yg ni zana +)
1 biji kuning telur untuk glis

Cara-cara :
Inti Sardin : Lecek sardin (keluarkan dulu sosnya), gaul bersama bahan-bahan yang lain hingga rata. Jika inti agak kering tambahkan sedikit sosnya.

1. Doh Pastri : Gaul dan ramas marjerin ke dalam tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan sedikit garam dan air sejuk dan uli hingga menjadi doh.
2. Canai pastri hingga 3mm tebal dan potong persegi 4 x 4in. Isikan setiap potongan pastri dengan inti sardin.

3. Sapu tepi pastri dengan putih telur dan gulung kemas. Letakkan ke atas dulang pembakar dan glis atasnya dengan kuning telur. Buat 2 atau 3 cucukan di atas permukaan pastri dengan garpu. (zana kelar2 jer..)
4. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 180C di tingkat atas selama 10 minit. Kemudian keluarkan dari oven dan sapu lagi dengan kuning telur (supaya warnanya kuningnya lebih terang) Kurangkan suhu kepada 130C dan bakar lagi selama 15 minit atau hingga masak.

** Doh pastri agak keras tetapi jangan di tambah air. Doh akan ranggup selepas dibakar.

Rabu, Mac 02, 2011

Pastri Nanas...


Salam n selamat petang...ni entri yg terlepas...yg x sempat nak uplode lagi. Kebetul bahan2 yg diperlukan sudah ade, maka jdlah mcm nie..hehehe.....mintak maaplah! pastrinya jd mcm perahu lak ia, ponek ann bentukkannye mcm bentuk piramid (boleh tengok contohnya dlm Majallah Sedap keluaran Mac 2011) tp...mcmni jdnye, nasip baik rasanye sedap! makan masa pastrinye 2 masih garing.
Pastri Nanas
(sumber: Majallah SEDAP)

Bahan2:
  • 11 keping kulit pastri segera bersaiz 10x10cm
Inti:
  • 1 tin (342gm) nanas tin ~ dipotong dadu
  • 250ml air nanas dlm tin (zana dpt 200ml jer)
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 50gm gula pasir (2 tbsp)
  • 2 1/2 st tepung jagung, dilarutkan dlm 2 1/2 st air
Sapuan (Kacau rata):
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu makan krim pekat
Cara membuatnya:
  1. Inti: masak nanas dlm tin, air nanas, bunga cengkih, gula pasir dan tepung jagung sambil dikacau sehingga pekat. Sejukkan.
  2. Ambil sekeping kulit pastri, intikan. Lipatberbentuk piramid dan lekatkan dgn air.
  3. Letakkan di loyang yg telah disemburkan sedikit air. Sapukan pastri dgn sapuan.
  4. Bakar selama 20 min dgn api bawah suhu ketuhar 190C sehingga masak dan keemasan.
Nanas tin yg zana gunakan.....
Intinyer....

Rabu, Februari 03, 2010

Mini Peach Tartlets...


Hai!! salam semua...hari ini zana nak tayangkan pulak "Mini Peach Tartlets" nie..hehee..., zana masih guna resepi "Alex Goh" utk sweet pastrynya...boleh klik sini ok. untuk intinya zana guna kastat resepinya ikut resepi k.rinnchan..
Bahan untuk kastart:
  • 2 tbsp tepung gandum
  • 2 tbsp tepung kastard atau tepung jagung
  • 8 tbsp gula kastor
  • 2 cwn (500ml) susu segar
  • 2 biji telur
  • 2 tbsp (30 gm) mentega

Cara Membuat Kastard:

  1. Campurkan tepung gandum, kastard & gula dalam periuk yg kecil.
  2. Campurkan hanya 2 tbsp susu daripada 2 cwn susu tadi & kacau rata.
  3. Masukkan telur sebiji2 & aduk rata lagi.
  4. Lalu masukkan selebih susu segar tadi & kacau lagi hingga larut.
  5. Kacau adunan ini di atas api yg kecil hingga agak kental. *Peringatan* : adunan ini mesti sentiasa dikacau supaya tidak berbentil2, apabila tampak likat keluarkan & masukkan mentega lalu kacau hingga sebati.
  6. Apabila sudah kental, alihkan dari api lalu masukkan mentega tadi & aduk lagi hingga sebati.
  7. Masukkan dlm sweet pastry dan hiaskan dgn hirisan buah peach.
  8. Jika suka boleh sapukan sedikit jeli apricot dan hidangkan.

Selasa, Januari 19, 2010

Blueberry Cheese Tart


Salam semua...hai!!..bertemu lagi kite...hari nie, zana nak tayangkan "Blueberry Cheese Tart" pulak heehe...sebenarnya zana buat pd hari sabtu lepas..x sempat nak entrykan. Cheese tart nie, zana buat utk kali kedua dan dah semestinya menjadi kegemaran anak2 sbb tu kena buat lagi. Resepi Alex Goh tapi zana C&P aje dari MyR thanks.
Sweet Pastry
Bahan A :
  • 200 g mentega
  • 100 g gula aising
  • 1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan B:

  • 1 biji telur

Bahan C :

  • 420 g tepung
  • 1 sudu besar tepung susu

Cara-cara:

  1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan (B). Putar lagi hingga gebu.
  2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna. * Tat akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar.)

Filling

Bahan A:

  • 250 g cream cheese
  • 50 g gula
  • 25 g mentega

Bahan B :

  • 1 biji telur

Bahan C:

  • 25 g whipping kream

Bahan D:

  • 20 g tepung

Blueberry filling

Cara-cara:

  1. Tekankan pastri manis ke dalam acuan tat. Tusukkan lubang di kulit pastri dan bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 15 minit atau sehingga kuning perang. Ketepikan.
  2. Inti : Pukul (A) sehingga licin dan gebu. Masukkan (B) dan pukul hingga sebati. Tambahkan (C) dan sebatikan hingga sempurna. Campurkan (D) dan ratakan dengan sempurna.
  3. Tuangkan inti keju ke dalam kulit pastri yang telah dibakar tadi. Bubuhkan sedikit jem beri biru di permukaan atas dan bentukkan corak olakan.
  4. Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 10-12 minit.
    Nota :- * Jika inti keju dibakar terlalu lama, permukaannya akan menjadi retak. * Untuk menjadikan permukaan atas tat lebih menarik, sapukan apricot glaze supaya ia kelihatan berkilat. (Apricot glaze + sedikit air dan panaskan di atas dalam periuk kecil di atas dapur hingga campuran tersebut cair)


Rabu, November 18, 2009

Mini Sardine Puff


Salam semua...pagi nie terajin pulak nak buat "mini sardine puff" nie untuk sarapan pagi anak-anak kesekolah. Intinye zana dah buat dulu malam tadi...sedap jugak makan puff pagi2 nie..anak2 pun suka, lagi pun sebelum nie zana dah penah buat..caranya zana ikut cara CMG lah!
Bahan2nya:
  • 1 paket "Puff Pastry" jenama "KAWAN" (ade 10 keping saiz 4"x 4")
  • 1 tin 350gm sardine dihancurkan
  • 1 biji kentang didadu dan direbus separuh masak
  • 1 labu bawang besar didadu kecil
  • 2 biji bawang putih dicincang
  • 1/2" halia dihiris halus
  • 1/2 st serbuk lada putih
  • 1 st jus limau nipis/kasturi
  • 1 biji kuning telur

Cara membuatnya:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih, halia dan bawang besar sehingga naik aromanya.
  2. Masukkan sardin yang telah dihancurkan dan dikacau sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan kentang yang telah direbus dan digaul rata, masak sehingga agak kering. Akhir sekali, masukkan jus limau nipis dan digaul rata, tutup api dan alihkan kedalam mangkuk dan biarkan sejuk.
  4. Keluarkan puff pastry dari freezer, dan biarkan selama 10-15 min./ sedikit lembut.
  5. Panaskan oven pd suhu 180' C. Ambil sekeping puff pastry dan dipotong serong (bhg. pada 4 bahagian segi tiga)
  6. Ambil satu bahagian dikelar2kan dan satu bahagian lagi diisi dgn. 1 sudu kecil inti, kemudian tutup dengan bahagian yang berkelar dan tekan tepinya dengan garfu supaya bercantum. Alih ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentaga. Buat hingga siap.
  7. Last sekali sapukan kuning telur atas permukaa puff, dan bakar 25 minit atau hingga puff menjadi kuning keemasan, bergantung pada oven masing2. Keluarkan puff , sejukkan dan bolehlah dihidangkan.