Selasa, September 29, 2009

Pulut Tanak Durian (Wajik)


(Sumbangan dari mak zana)
Bahan-bahannya:
  • 2 kg beras pulut - direndam semalaman
  • 1kg gula pasir*
  • 1kg gula melaka*
  • 1250 ml santan dari 3 biji kelapa
  • 3 mangkuk durian (dalam 4 biji gitu)

Cara membuatnya:

  1. Kukus pulut sehingga masak dan biarkan sejuk
  2. Masak bahan * diatas api sederhana sehingga sebati
  3. Masukan santan bersama durian dan dikacau hingga sebati dan mendidih
  4. Kemudian masukan pulut kukus tadi dan dikacau lagi (jangan dibiarkan nanti hangit)
  5. Setelah pekat, bolehlah keluarkan biji durian tu.. biarkan sekejap dan apabila ia bunyi blup! blup! bolehlah tutup apinya.
  6. Pas tu bolehlah masukan dalam loyang ~ biarkan sejuk dulu dan bolehlah dipotong.


Tengok Step by step tuu..~ selamat mencuba...



Kek Buah Kukus Lembab




(Sumber Diana)

Kek buah kukus ini zana buat untuk bawa balik kampung hari raya ari tu sebanyak 2 buah, 1 untuk mak dan 1 untuk ibu mertuaku..zana buat separuh dari resipi kat bawah ni(guna loyang 7"x7").

Bahan-bahannya:
  • 1 tin (16oz) mentega Golden Churn600 gram tepung gandum
  • 400 gram campuran buah-buahan2 cawan gula halus
  • 6 biji telur
  • 2 sudu teh bicarbonate of soda
  • 2 sudu teh cream of tartar (tidak perlu letak)
  • 1 sudu teh esen vanillasedikit pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown)
  • kertas kuih aluminium foil

Untuk Gula Hangus

  • 2 cawan gula
  • 1/2 cawan air

Cara-caranya

1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 600 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.

2. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.

3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid, pukul dan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.

4. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.

5. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.

6. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masukkan 2 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Masukkan sedikit demi sedikit 1/2 cawan air dan kacau gula sehingga ia larut. Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan spatula dengan cepat sehingga adunan sebati. ("Awas tangan anda ye..")

7. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.

8. Alaskan kertas minyak didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu.

Ni, zana tunjukkan step by step caranya.


Selamat mencuba.

Khamis, September 17, 2009

Tat Nanas Gulung


Kali nie buat tat nanas gulung pulak, my favourite biskut yuumm..yum..sodap.
Resipinya sama cam blueberi tat tu.. tukar intinya aje hehe..
Bahan2 Inti:

  • 1 biji nanas diparut
  • 2 helai daun pandan
  • gula pasir ikut manis
  • 20gm gula batu
  • 1 sb jus limau nipis

Cara-caranya:

  • masakan parutan nanas bersama daun pandan dan gula pasir
  • kacau sehingga sebati dengan api sederhana
  • kemudian masukan gula batu dan kacau lae ~ jangan biarkan nanti hangit plak
  • last barulah masukan jus limau nipis
  • masak sehingga kuning airnya

kalau nakkan warna jem tu kemerahan bolehlah letakkan beberapa titik warna kuning telur, that all.

Rabu, September 16, 2009

Ayam Masak Merah


Menu berbuka puasa semalam, dimakan bersama nasi tomato.

Bahan-bahannya:

  • 6 Ketul potongan ayam (peha & kepak)
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 biji bawang putih*
  • 1/2" halia*
  • 2 batang serai diketuk
  • 5 sudu besar cili giling
  • 5 sudu besar sos tomato / 1 tin kecil tomato puri (zana x guna)
  • 1/2" tin kecil kacang hijau/pic
  • 1 labu bawang besar dihiris kasar
  • garam & gula secukupnya
  • hirisan daun pasli untuk hiasan jika suka.
  • minyak masak secukupnya.

Cara membuatnya:

  • Ayam dipotong kecil sikit dan digoreng terlebih dahulu (separuh masak).
  • Panaskan minyak, tumiskan serai hingga wangi
  • masukan bahan kisar dan cili giling sehingga separuh masak dan
  • masukan sos tomato/tomato puri dan digaul sebati
  • rasakan dengan garam & gula
  • barulah masukan ayam yang telah digoreng tadi bersama hirisan bawang besar.
  • setelah masak, masukan kedalam bekas dan taburkan dengan hirisan daun pasli.

Sesuai juga dimakan bersama nasi tomato/beriani.

Almond London Biscuit

Biskut almond ni, memang kegemaran anak-anak dan zana tak pernah mis membuatnya.
Bahan-bahannya:

  • 500gm tepung redrose
  • 200gm butter*
  • 1 biji kuning telur*
  • 50gm gula halus*
  • 200gm kacang almond ~ dipangang rangup
  • mangkuk kertas scukupnya.

Bahan2 salutan/hiasan:

  • 250gm cooking chocolate
  • 30gm coco butter
  • 100gm almond nips

Cara-caranya:

  • Masukkan bahan2 * ~ dipukul sebati (zana gune spatula aje)
  • Masukkan tepung redrose dan digaul hingga sebati
  • kemudian bulatkan sedikit adunan dan isikan sebiji badam ~ buat hingga habis
  • Bakar pada suhu 180 darjah C selama 20 minit dan biarkan sejuk.
  • Cairkan cooking chocolate secara double boiler bersama coco butter
  • Letakkan biskut kedalam coklat cair dan sudukan kedalam mangkuk kertas
  • kemudian taburkan almond nips
  • Biarkan coklat kering/keras dulu dan bolehlah disimpan kedalam bekas.

Isnin, September 07, 2009

Blueberry tart

Semalam zana buat blueberi tat ini, pastrinya ikut resipi tat nenas. Bezanya cuma jem nenas zana gantikan ngan jem blueberi tu aje...resipinya zana ikut versi kak baya.

Bahan2nya:
  • 1 cawan butter (226g) pada suhu bilik
  • 1 biji kuning telur
  • 1 st esen vanilla
  • 1 sb gula
  • 2 sb tepung jagung bumbum
  • 2 1/2 sb tepung kastard bumbum
  • 1 sb susu tepung /cremer coffemade powder
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji kuning telur + ngan bberapa titik pewarna kuning untuk sapuan
  • Blueberry jem ready made( beli kat kedai bake aje)

Cara-caranya:

  • Sebatikan telur, butter, gula dan esen vanilla (guna spatula aje)
  • masukkan tepung satu persatu, mulakan dengan tepung jagung, tepung kastard dan susu tepung ~ gaul sebati
  • last sekali masukkan tepung gandum dan gaul sebati.

pastu masukkan dalam acuan tat gulung dan tekan keluar, letak jem kemudian digulung...bakar pada suhu 175 darjah C selama 17-20 minute.

Ikut pada kata kak baya: Jika adunan nie masih melekit dekat tangan kena masuk sikit tepung, rasanya tak banyak dalam 10gm aje. Jika adunan kering pula kena masukkan sedikit butter. Adunan nie mestilah sentiasa ditutup dengan tuala/tissue paper/cling supaya adunan nie tak kering. (zana~guna tuala lembab).

Cuba tekan dengan adunan, jika ia keluar elok dan tak putus-putus adunan tu elok, seeloknya dicuba terus tekan sekeping lepas tu letak jem dan gulung, kalau ia tak merekah maknanya adunan dah ok..kemudian sapukan kuning telur..n then bolehlah dibakar.


Rabu, September 02, 2009

Kek Coklat Moist Kukus


Salam,
Kek kukus coklat ini sebenarnya kali yang kedua zana cuba. Tapi kali ini resipinya zana tengok dalam blog Hana, sedap pulak nampaknya so zana cubalah. Kek ni zana buat sempena hari lahir zana pada 31 Ogas ari tu. First time mendeco kek tu...comot2, tapi oklah tu kan. Kita potong kek tu lepas berbuka puasalah! memang sedap dan lembut, anak-anak pun suka. Resipinya amik dari blog Hana
Bahan-bahan:
( 8-9 inchi bulat -zana guna tin 8"sq )

100g Serbuk Koko*
250g Gula Kastor
1 tin Susu Isian Cair*
200g Minyak Masak Sayuran*
250g Susu Pekat*
4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
150g Tepung Gandum
1 st Bic Soda
1st Baking Powder

** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sb minyak masak

Cara-cara
Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati.
Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing.
Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk. *zana guna kaedah double boiler!

Untuk buttercream kat tepi tu, pukul 125g Butter,125g majerin & 80g Gula ising hingga sebati dan masukan coklat yg telah di cairkan.