Ahad, Jun 12, 2011

Udang Goreng Butter ~ Simple Aje


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu... hujung minggu yg sungguh membizikan. Sana sini org buat kerja kawin termasuklah keluarga sebelah zana... pernikahan dan berlangsungnya perkahwin anak saudara zana di Cyberjaya semalam. Oklah! hari nie zana nak entrykan menu udang goreng butter yg mudah ajer, sebagai tambahan buat makan mlm hari jumaat ari tu.., sesekali makan memang sedap tapi awas!!!! kolestrol tinggi.... hehehe... :D
Udang Goreng Butter
(sumber: olahan sendiri)
Bahan2nya:
  • 10 ekor udang kertas ~ dicuci bersih (gaul bersama kunyit dan sedikit gula)
  • 1 labu bwg besar dipotong dadu
  • 1/4 biji lada benggala hijau ~ dipotong dadu
  • 2 ulas bwg putih dicincang
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 biji telur dikocak dulu
  • 3 sudu makan margerin/butter
  • sedikit serbuk lada hitam & lada putih
Cara2 membuatnya:
1. Panaskan sedikit minyak dan butter ke dlm non stick kuali ~ tumis bwg putih, bwg besar dan daun kari sehingga wangi.
2. Masukkan udang dan digoreng sehingga kemerahan dan masukkan lada benggala dan digul sebati.
3. Masukkan telur sedikit-sedikit dan dikacau cepat2 sehingga nampak bersarang (tp zana buat x menjadi pun!! tension2)
4. Akhir sekali renjis2kan dengan sedikit serbuk lada hitam/putih dan dikacau sebati, tutup api dan bolehlah dihidangkan.

1 ulasan: