Rabu, Jun 22, 2011

Kuih Kaswi Gandum


Salam dan salam sejahtera... hai!! bersua kembali... kuih2 oh! kuih!!! kuih kegemaranku. Jalan2 kerumah teman2 blogger seperti izah muffin, yatiememories, mas n banyak lg.. akhirnya aku tergoda... Lama jugak zana x buat kuih nie.. abis mlm td zana buat juga, nak buatnya pun mudah aje. Kuih ni buat sarapan pagi anak2 tadi... sedapnya... tq kak liza.

Kuih Kaswi Gandum
(sumber: kak liza)

Bahan Sirap
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan (sbgi tambahan jer)

Masakkan semua dan sejukkan

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung
1 sudu kecil kapur kueh [optional]
Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

Cara Membuatnya:
1. Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan pelastik saiz loyang-zana guna loyang 9"dia
]
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
4. Kukus sehingga masak [30 minit]
5. Tunggu sehingga kuih sejuk baru boleh dipotong dengan pisau pelastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
7. Lumurkan kuih yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.


2 ulasan:

  1. zana baru buat hari isnin aritu...sedapkan..belum masuk pic lagi..

    BalasPadam
  2. lamanya amie tak dtg sini....

    BalasPadam