Khamis, Jun 30, 2011

Ikan Masak Tiga Rasa ~ Versi II


Assalamualaikum dan salam sejahtera bersua lagi di sini setelah beberapa hari menyepikan diri ini. Bukan x de..n3..tp kan!kan!kan!!! virus 'M' dah melanda.. aduh!!! pegi2 kau... dari sini!!! hehehe.... :D Rasanya dah banyak zana n3kan resepi ikan 3 rasa ni.. cuma kali nie versi lain sikit jer ... :))
Baru2 nie hubby balik dari Sabah (p mancing ~ seminggu 2) balik2 bawalah ikan besa2 tu.. setelah dibagi2kan dgn kwn2nya... ade yg dpt pale/badan & ekor, ade ikan kerapu, ikan kacang & ikan siakap.. tah ikan ape lg..x tau ape ke namenya... hehehe... oklah! Jom layan ^__^

Ikan Masak Tiga Rasa

(sumber: zanavilla)

Bahan2nya:

  • 2 potong ikan Barracuda/ikan kacang (ikan ni besar~kita potong 4)
  • 1 labu bwg besar dipotong dadu
  • 2 ulas bwg putih dicincang
  • 1" halia dihiris halus
  • 1 helai daun pandan
  • 6 biji cili padi dipotong bulat (buh lebih kalau nak pedas)
  • 1 biji tomato didadu
  • 1/4 biji lada banggala merah didadu
  • setangkai daun ketumbar dihiris
  • sos tomato/sos cili secukupnya
  • 2 sudu makan sos tiram
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit air
  • hirisan daun bwg/ketumbar utk hiasan

Cara2nya:

1. Ikan dilumur dgn sedikit serbuk kunyit dan garam ~ goreng separuh masak dan ketepikan.

2. Panaskan sedikit minyak ~ tumiskan bwg putih, halia dan bwg besar sehingga wangi dan layu. Kemudian masukkan buah tomato, daun pandan, lada banggala dan cili padi ~ dikacau rata. (jika suka boleh tambahkan dgn potongan nanas dadu)

3. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram secukupnya dan tambahkan dgn sedikit air ~ kacau lg sehingga sebati.

4. Taburkan sedikit daun ketumbar, rasakan dgn sedikit garam dan gula. Barulah masukkan ikan dan digaul rata. Tutupkan apinya dan bolehlah dihidangkan.

*p/s : kenapalah google ni.. x boleh save... bad request (eeeee...ari ni baru blh save)

1 ulasan:

  1. Assalam n salam kenal kak..Maaf lah baru arini bertegur sapa,padahal dah byk ari try resepi kek akak..Tima kasih atas resepi tu,mmg sedap kek coklat versi gitu..Pasti akak wat lagi nanti..Btw,ikan kat tuh pon nmpak sedap kak..Sekali lagi tengs ya kak,sbb sudi juga singgah dapo sy yg xseberapa..

    BalasPadam