Rabu, November 10, 2010

Mini Cheese Tart..



Salam...yg ni pulak zana buat malam td di atas permintaan anak sulung ku utk dibawa kesekolah kerana ade jamuan akhir tahun di sekolahnya..jd kenalah jugak ditunaikan..walaupun keadaan zana baru aje drip ubat kat hospital..tp zana gagahkan juga utk membuatnya..

Mini Cheese Tart.
(sumber: resepicitarawan)

Bahan Pastry Tart:
  • 60gm gula ising
  • 250gm tepung gandum
  • 125gm mentega sejuk di potong dadu
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar air sejuk
  • 1/2 sudu teh esen vanila/esen badam

Cara-cara

  1. Satukan gula ising dan tepung gandum. Dengan menggunakan hujung jari, ramas mentega sejuk ke dalam adunan tepung sehingga menjadi serbuk roti.
  2. Masukkan kuning telur, esen vanila, gaul sebati di ikuti oleh air sejuk. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Rehatkan selama 15-20 minit. Ambil sebesar ibu jari dan tekan ke dalam acuan tart mini. Trim lebihan dibahagian atasnya.
  4. Cucuk sedikit dengan garpu dan bakar selama 15 minit pada suhu 160C.
  5. Keluarkan dari oven dan sejukkan dahulu kulit tart.

Cheese Filling:

  • 250gm cream cheese (suhu bilik)
  • 50ml UHT whipping cream
  • 60gm gula ising
  • 60gm mentega
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar lemon jus jika suka
  • Filing : Blueberry, strawberry, kiwi, manggo(Masukkan ke dalam piping bag)

Cara-cara :

  1. Pukul cream cheese bersama gula ising, mentega hingga sebati. Masukkan telur dan whipping cream, putar sekejap hingga adunan sebati dan tidak berketul. Masukkan ke dalam piping bag dan gunting sedikit muncungnya.
  2. Ambil kulit tart, pipekan sedikit filling kesukaan di tengahnya dan picit adunan cheese menutupi filling.
  3. Untuk corak di atasnya, pipekan sedikit filling atau ambil sedikit cream cheese dan campur dengan sedikit pewarna, pipekan keatasnya kemudian lorek dengan corak kesukaan.
  4. Bakar sekejap selama 5-8 minit. Keluarkan dari oven dan sejukkan selama 2 atau 3 jam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan