Jumaat, November 12, 2010

Kuih Lapis Jagung



Salam hari Jumaat penghulu segala hari & bertemu lagi...pd rakan2 pengunjung. Petang semalam zana cuba buat kuih nie...menjadi pulak tuu...buat utk sarapan pg zana sekeluarga...alhamdulillah rasanya lemak2 manis gitu!! resepinya dah tentulah dari chef kita kak hanieliza yg memang pakar dlm bab2 membuat kuih talam nie..kan. Terima kasih ya kak....
Kuih Lapis Jagung.
(sumber resepi: Aneka Talam & kuih lapis)
Bahan A:
  • 4 cwn santan (zana guna 200ml santan kotak + 3 cwn air)
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 cwn gula pasir
  • 2 sdb tepung beras
  • 2 sdb tepung kastard
  • 1 sdt garam

Bahan B:

  • 1/2 cwn jagung }
  • 1/2 cwn air } dikisar

Bahan C:

  • 1/2 cwn air suam }
  • 1 sdb serbuk koko } dibancuh dan ditapis

Cara membuatnya:

  1. Satukan Bahan A hingga sebati dan tapiskan ~ bahagikan adunan pd dua bahagian.
  2. Masukkan Bahan B dalam adunan pertama dan Bahan C dalam adunan kedua.
  3. Panaskan pengukus terlebih dahulu~ sapukan sedikit minyak pd loyang dan alaskan plastik (zana guna loyang 7"x7")
  4. Bubuh 1 1/2 senduk adunan koko dlm loyang dan kukus selama 5 min.
  5. Kemudian tuangkan pula 1 1/2 senduk adunan jagung di atas adunan koko tadi ~ kukus semula selama 5 min.
  6. Lapiskan dan kukus adunan koko dan jagung berselang seli sehingga kedua2 adunan habis. (Adunan yg terakhir zana kukus selama 10 min.)
  7. Sejukkan kuih ini terlebih dalulu sebelum dipotong...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan