Rabu, November 10, 2010

Kari Sotong Mama...



Salam semua... harapan zana semuanya sihat aje..hari nie biasalah zana nak n3 kan menu mkn t/hari buat anak2 antaranya ialah...juga menu kesukaan zana..tp x bolehlah mengambilnye terlalu banyak cukuplah utk rasa...alhamdullilah.
Kari Sotong Mama...
Bahan2nya:
  • 5-6 ekor sotong sederhana besar ~ dipotong2
  • 1 sdb rempah campur
  • 4 biji bwg merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 1" halia *} ditumbuk halus
  • 1 labu bwg besar dihiris kasar
  • 2 tangkai daun kari ~ dibersihkan terlebih dahulu
  • 4-5 sdb serbuk kari babas
  • 1 sdt pes asam jawa
  • 1-2 cwn air
  • garam secukup rasa

Cara membuatnya:

  1. Sotong dicelur terlebih dahulu selama 1 min ~ angkat dan toskan.
  2. Panas minyak dan tumiskan rempah campur sehingga wangi kemudian masukkan bahan tumbuk dan dikacau sehingga rata,.kemudian masukkan bwg besar dan daun kari dan dikacau lagi.
  3. Selepas itu masukkan rempah kari babas yg telah dicampur bersama pes asam jawa dan sedikit air ~ kemudian dikacau rata dan berbau wangi, n bolehlah ditambahkan air.
  4. Barulah masukkan sotong dan digaul sehingga sebati ~ perasakan dgn sedikit garam dan boleh ditutupkan apinya.
  5. Hidangkan bersama nasi panas, ikan masin dan juga ulam2man....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan