Sabtu, November 13, 2010

Gulai Udang Kertas...



Assalamualaikum & salam sejahtera...hai! jumpa lagi...Nie lagi menu zana yg dah tertunggak..sorilah ye.. kite masukkan menu2 yg dah tertunggak aje dulu k!!! menu yg lain tu jap lagi kottt.....hikhikhik!!!!!!!!!
Gulai Udang Kertas
Bahan2nya:
  • 500gm Udang kertas/laut
  • 5 biji bwg merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 1 1/2" kunyit hidup*
  • 1" belacan*} tumbuk halus
  • 1 btg serai dititik
  • 3 helai daun kunyit dihiris halus
  • 2 keping asam gelugur
  • 2 biji tomato
  • 4 cwn santan
  • garam secukup rasa

Cara Membuatnya:

  1. Tumis bahan tumbuk n serai sehingga wangi ~ masukkan udang diikuti dgn sedikit air dan biarkan ia merenih sebentar.
  2. Masukkan asam keping ~ kemudian barulah masukkan santan bersama sedikit garam dan kacau sehingga mendidih.
  3. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan tomato...rasakan garamnya, setelah masak bolehlah dihidangkan.

Jumaat, November 12, 2010

Asam Pedas Daging


Assalamualaikum... hari nie zana nak entrykan menu lauk yg x sempat zana entrykan dahuluu...barangnye jangan ditanya2 lagi semuanye dah selesai...Tp hari nie zana masak asam pedas jugak...(asam pedas ikan merah dgn terung sodaplah jugak kena dgn nasi panas - alhamdulillah)
Asam Pedas Daging

Bahan2nya:
  • 250gm daging - dipotong dan direbus terlebih dahulu
  • 1" halia }
  • 1" lengkuas }
  • 2 labu bawang besar } ~ dikisar halus
  • 5 ulas bwg putih }
  • 1" kungit hidup }
  • 2" belacan }
  • 5 sdb cili mesin
  • 2 batang serai ~ diketuk
  • 1 cwn air + 1 sdb pes asam jawa
  • 6-8 helai daun limau purut
  • sedikit minyak dan air
  • garam secukup rasa

Cara Membuatnya:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan2 yg telah kisar bersama cili mesin sehingga garing dan naik bau.
  2. Masukkan air asam jawa, sedikit air, daging yg telah direbus beserta air rebusan, lengkuas, serai dan garam.
  3. Setelah mendidih barulah masukkan pula daun limau purut dan dikacau sebati.
  4. Rasakan garam dan apabila masak bolehlah dihidangkan...

Kuih Lapis Jagung



Salam hari Jumaat penghulu segala hari & bertemu lagi...pd rakan2 pengunjung. Petang semalam zana cuba buat kuih nie...menjadi pulak tuu...buat utk sarapan pg zana sekeluarga...alhamdulillah rasanya lemak2 manis gitu!! resepinya dah tentulah dari chef kita kak hanieliza yg memang pakar dlm bab2 membuat kuih talam nie..kan. Terima kasih ya kak....
Kuih Lapis Jagung.
(sumber resepi: Aneka Talam & kuih lapis)
Bahan A:
  • 4 cwn santan (zana guna 200ml santan kotak + 3 cwn air)
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 cwn gula pasir
  • 2 sdb tepung beras
  • 2 sdb tepung kastard
  • 1 sdt garam

Bahan B:

  • 1/2 cwn jagung }
  • 1/2 cwn air } dikisar

Bahan C:

  • 1/2 cwn air suam }
  • 1 sdb serbuk koko } dibancuh dan ditapis

Cara membuatnya:

  1. Satukan Bahan A hingga sebati dan tapiskan ~ bahagikan adunan pd dua bahagian.
  2. Masukkan Bahan B dalam adunan pertama dan Bahan C dalam adunan kedua.
  3. Panaskan pengukus terlebih dahulu~ sapukan sedikit minyak pd loyang dan alaskan plastik (zana guna loyang 7"x7")
  4. Bubuh 1 1/2 senduk adunan koko dlm loyang dan kukus selama 5 min.
  5. Kemudian tuangkan pula 1 1/2 senduk adunan jagung di atas adunan koko tadi ~ kukus semula selama 5 min.
  6. Lapiskan dan kukus adunan koko dan jagung berselang seli sehingga kedua2 adunan habis. (Adunan yg terakhir zana kukus selama 10 min.)
  7. Sejukkan kuih ini terlebih dalulu sebelum dipotong...

Rabu, November 10, 2010

Mini Cheese Tart..



Salam...yg ni pulak zana buat malam td di atas permintaan anak sulung ku utk dibawa kesekolah kerana ade jamuan akhir tahun di sekolahnya..jd kenalah jugak ditunaikan..walaupun keadaan zana baru aje drip ubat kat hospital..tp zana gagahkan juga utk membuatnya..

Mini Cheese Tart.
(sumber: resepicitarawan)

Bahan Pastry Tart:
  • 60gm gula ising
  • 250gm tepung gandum
  • 125gm mentega sejuk di potong dadu
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar air sejuk
  • 1/2 sudu teh esen vanila/esen badam

Cara-cara

  1. Satukan gula ising dan tepung gandum. Dengan menggunakan hujung jari, ramas mentega sejuk ke dalam adunan tepung sehingga menjadi serbuk roti.
  2. Masukkan kuning telur, esen vanila, gaul sebati di ikuti oleh air sejuk. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Rehatkan selama 15-20 minit. Ambil sebesar ibu jari dan tekan ke dalam acuan tart mini. Trim lebihan dibahagian atasnya.
  4. Cucuk sedikit dengan garpu dan bakar selama 15 minit pada suhu 160C.
  5. Keluarkan dari oven dan sejukkan dahulu kulit tart.

Cheese Filling:

  • 250gm cream cheese (suhu bilik)
  • 50ml UHT whipping cream
  • 60gm gula ising
  • 60gm mentega
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar lemon jus jika suka
  • Filing : Blueberry, strawberry, kiwi, manggo(Masukkan ke dalam piping bag)

Cara-cara :

  1. Pukul cream cheese bersama gula ising, mentega hingga sebati. Masukkan telur dan whipping cream, putar sekejap hingga adunan sebati dan tidak berketul. Masukkan ke dalam piping bag dan gunting sedikit muncungnya.
  2. Ambil kulit tart, pipekan sedikit filling kesukaan di tengahnya dan picit adunan cheese menutupi filling.
  3. Untuk corak di atasnya, pipekan sedikit filling atau ambil sedikit cream cheese dan campur dengan sedikit pewarna, pipekan keatasnya kemudian lorek dengan corak kesukaan.
  4. Bakar sekejap selama 5-8 minit. Keluarkan dari oven dan sejukkan selama 2 atau 3 jam.

Kari Sotong Mama...



Salam semua... harapan zana semuanya sihat aje..hari nie biasalah zana nak n3 kan menu mkn t/hari buat anak2 antaranya ialah...juga menu kesukaan zana..tp x bolehlah mengambilnye terlalu banyak cukuplah utk rasa...alhamdullilah.
Kari Sotong Mama...
Bahan2nya:
  • 5-6 ekor sotong sederhana besar ~ dipotong2
  • 1 sdb rempah campur
  • 4 biji bwg merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 1" halia *} ditumbuk halus
  • 1 labu bwg besar dihiris kasar
  • 2 tangkai daun kari ~ dibersihkan terlebih dahulu
  • 4-5 sdb serbuk kari babas
  • 1 sdt pes asam jawa
  • 1-2 cwn air
  • garam secukup rasa

Cara membuatnya:

  1. Sotong dicelur terlebih dahulu selama 1 min ~ angkat dan toskan.
  2. Panas minyak dan tumiskan rempah campur sehingga wangi kemudian masukkan bahan tumbuk dan dikacau sehingga rata,.kemudian masukkan bwg besar dan daun kari dan dikacau lagi.
  3. Selepas itu masukkan rempah kari babas yg telah dicampur bersama pes asam jawa dan sedikit air ~ kemudian dikacau rata dan berbau wangi, n bolehlah ditambahkan air.
  4. Barulah masukkan sotong dan digaul sehingga sebati ~ perasakan dgn sedikit garam dan boleh ditutupkan apinya.
  5. Hidangkan bersama nasi panas, ikan masin dan juga ulam2man....

Selasa, November 09, 2010

Cekodok Pisang..........


Assalammualaikum...pd kwn2 yg berkunjung...bertemula lagi kita. Jom! minum petang? ptg2 macam nie kena cecodok pisang kan sodap!! nampak nyerr kalau teringin tu kena wat sendiriklah jawapnyerr!!!!.. :) kat sini kena tengok gambar aje hik!hik!
resepinye mudah aje...nak taruk gak kat sini!! utk rujukkan anak2 jugak nanti. Ok lah! meh layan...

Cekodok Pisang
Bahan2nya:
  • 6-8 biji pisang berangan ~ dilecek halus
  • 1/2 sdt soda bikarbonat
  • 2 sdb gula perang/pasir
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • sedikit air
  • secubit garam halus

Caraa membuatnyer:

  1. Gaulkan soda bikarbonet, gula dan garam kedalam lecekkan pisang sehingga sebati.
  2. Masukkan tepung dan digaul lagi sehingga adunan menjadi sebati dan sekiranya adunan agak pekat atau kental tambahkan sedikit air dan digaul lagi.
  3. Kemudian panaskan minyak dan bolehlah digoreng sehingga agak garing.
  4. Hidangkan utk minum ptg.

***p/s sorry ejaan kat gambar tu tersilap...harap maapkan! amponnn!!

Sabtu, November 06, 2010

Sambal Udang Petai



Sambal Udang Petai
Bahan2nya:
  • 300gm udang sederhana besar
  • 5 biji bwg merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • sedikit belacan*} ditumbuk halus
  • 1/2 sdt pes asam jawa
  • 1 biji bwg besar dipotong kasar
  • 4 sdb cili mesin
  • 2 sdb sos tomato
  • sedikit garam dan gula
  • petai secukupnya

Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak ~ tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau, kemudian masukkan cili mesin, petai dan kacau sehingga cili hampir masak .
  2. Masukkan udang, diikuti dgn sedikit air dan sos tomato~ dikacau sebati
  3. Kemudian masukkan hirisan bawang besar ~ digaul sebati dan rasakan dgn garam dan sedikit gula.
  4. Setelah masak bolehlah dihidangkan.

Sop Ayam Kampung...



Hari nie menu utk makan t/hari zana masak Sop Ayam Kampung kena dgn sambal udang dan berulamkan salat/timun , dimakan pula dgn nasi panas...jemputlah!
Sop Ayam Kampung
Bahan2nya:
  • Seekor ayam kampung dipotong kecil
  • 3 ulas bwg putih diketuk
  • 4 cwn air utk rebusan
  • 1 btg seleri dihiris
  • 1/2 btg lobak merah dipotong dadu
  • 1 biji kentang dipotong dadu
  • sedikit hirisan daun bwg/sadri dan bwg goreng utk hiasan

Bahan tumisan:

  • 4 biji bwg merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 1/2" halia* } ditumbuk halus
  • 1/2" kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 ikat rempah bunjut adabi

Cara menyediakan:

  1. Ayam dicuci bersih ~ masukkan dalam periuk bersama air dan bwg putih, kemudian direbus sehingga mendidih.
  2. Masukkan selery, kentang dan lobak merah biarkan sehingga sedikit empuk.
  3. Panaskan kuali ~ tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang/cengkih dan buah pelaga diikuti bahan tumbuk, sehingga wangi.
  4. Kemudian masukkan kedalam periuk rebusan ayam td bersama rempah bunjut.
  5. Rasakan dgn sedikit garam...setelah masak bolehlah dihidangkan.

Kuih Bakar Ubi aka Bingka Ubi


Salam & salam sejahtera pd rakan2 blog yg berkunjung ke dapur zana nie.. hari ini zana nak entrykan resepi kuih bakar yg zana buat minggu lepas utk minum ptg...mkn ketika masih panas alangkah sedapnyer...(x sempat2 sejuk lae....tu!!)
Kuih Bakar Ubi
(sumber: Bro. Rozzan) zana ubahkan kuantitinyer
Bahan2nya:
  • 800g Ubi yg siap diparut
  • 500ml santan pekat (2ooml santan kotak + 300ml air)
  • 230g gula pasir
  • 2 biji telur
  • 1/2 sdt garam
  • 1/2 sdt esen vanilla
  • sedikit pewarna kuning
  • mentega-utk sapuan pd acuan

Cara membuatnya:

  1. Sapukan acuan kuih dgn mentega (zana guna loyang 7"x7") dan ketepikan.
  2. Satukan semua bahan kedalam mangkuk adunan ~ kacau sehingga gula larut dan semua bahan sebati.
  3. Tuang adunan kedalam acuan/loyang dan bakar pd suhu 180`C - 200`C selama 1 jam 10 min atau sehingga masak.
  4. Setelah masak sejukkan dan bolehlah dipotong utk hidangan.