Isnin, Mac 01, 2010

Urap Jagung...


Hai!!!! salam semua & selamat petang??... dah minum ptg blm?..jom kita makan "Urap Jagung"... sekali rasa mcm ABC... la pulak!! resepinya zana cedok dlm majalah SEDAP...tp diolah semula ikut citarase kite ler!!! kita tengok resepinye ok!
Bahan2 yg diperlukan:
  • 1 cawan beras pulut }
  • 1 cawan beras pulut hitam} ~ direndam selama 1 jam
  • 1 cawan jagung yg telah direbus dan dikopek isinya (dlm setongkol jagung manis)
  • 120gm kelapa parut
  • 1/2 - 3/4 cwn air/secukupnya
  • 1/2 sk garam

Bahan utk sos: (optional)

  • 150gm gula melaka dihiris2
  • 2 helai daun pandan
  • 1/2 cwn air
  • secubit garam
  • susu cair secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Selepas sejam toskan beras pulut & pulut hitam~digaul sekali, kemudian dikukus sehingga pulut betul2 masak.
  2. alihkan pulut kedalam bekas dan gaulkan bersama jagung dan kelapa parut sehingga rata atau sebati, kemudian masukkan air dan garam~gaul lagi biar sebati.
  3. Kukus semula ~ selama 30 minit atau sehingga masak...dan bolehlah ditutup apinya.
  4. Utk sos: Masakkan gula melaka bersama air dan daun pandan sehingga gula cair dan agak pekat sedikit.
  5. Bila nak makan ~ hidangkan bahan kukus tadi dan curahkan sos bersama susu cair - sdp dimakan ketika masih panas atau sejuk..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan