Salam dan salam sejahtera pd pengunjung2 yg singgah kedapur zana..n selamat berhujung minggu.. Hari nie, zana nak entrykan menu sarapan pg zana sekeluarga. Rasanya dah lama zana x membuat nasi lemak nie, itu pun atas permintaan anak2, zana buat juga. Dah tentu ramai kwn2 yg pakar membuat nasi lemak nie kan!! jom! layan resepi zana nie..
Nasi Lemak Halba.
Bahan2nya:
- 3 cwn beras ~ cuci dan toskan
- 2 cwn santan pekat
- 2 cwn air
- 2 biji bwg merah dihiris nipis*
- 1omm halia dihiris halus*
- 1 btg serai diketuk*
- 2 sudu minyak masak
- 1/2 sd makan halba
- 2 helai daun pandan ~ disimpul
- 1 sd kecil garam halus
Cara-caranya:
- Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing. masukkan air dan santan, kacau sehingga pecah minyak.
- Apabila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai dan garam.
- Selepas itu masak seperti nasi biasa.
- Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur, kacang dan ikan bilis goreng.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan