Ahad, Ogos 01, 2010

Sotong Masak Hitam...


Menu makan t/hari utk hari ini...lama x pekenanyer! tp Awas!!! kolestrooollllll tinggi!!
Sotong Masak Hitam
(sumber: sendiri)
Bahan2nya:
  • 5 -6 ekor sotong dipotong 2 ~ (cuci tp jgn dibuang hitamnya)
  • 2 btg serai dititik
  • 1cm halia*
  • 1cm kunyit hidup*
  • 4 biji bwg merah*} ditumbuk halus
  • 2 biji bwg putih*
  • 2 biji lada merah*
  • 1/2 sdt pes asam jawa
  • sedikit air
  • garam/perasa secukupnya

Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak ~ tumis serai dan bahan tumbuk sehingga wangi.
  2. Masukkan kepala sotong bersama hitamnya dan dikacau sebati, kemudian masukkan sedikit air diikuti bahagian badan sotong dan dikacau lagi.
  3. Selepas itu, masukkan pes asam jawa dan rasakan dgn garam dan sedikit perasa.
  4. Jangan dibiarkan terlalu lama~tutupkan apinya dan bolehlah dihidangkan.

2 ulasan:

  1. salam kak zanarose,
    apa kkabar kak? teringat kat mama saya. kadang2 mama saya masak sotong tak buang hitamnya. memang menarik sotong masak hitam ni. :)

    BalasPadam
  2. m`kumslm indah.. alahmdulillah sihat..sotong masak hitam ini memang masakkan kegemaran hubby dan anak2 akak.

    BalasPadam