Rabu, Julai 28, 2010

Sosej Ayam Bersos...


Hai!..assalamualaikum..bertemu lg kite ya! sementara laptop nie ade kat rumah bolehlah zana memblog lagi! bosan jugak kalau duduk lama2 kat rumah nie tanpa mengadap komputer/bertemankan! hubby kerja, anak2 p sek., sikecik p Taska...alahai!!!!!!! kalau di tempat kerja tu lain cerita...bila kat rumah nie...duduk2 rehat, masak, makan, baca/tengok buku2 resepi & zzzz.... syiii!!!!!!! boleh jd bambam!!!! yg penting...hidup kena happy............ok! panjang lak cite ann nie. Jom layan resepi zana pulak! simple recepi ~ buat utk anak2.

Sosej Ayam Bersos
(sumber: sendiri)
Bahan2nya:
  • 5-6 batang sosej ayam dicelur dahulu ~ dipotong serong
  • 1 labu bawang besar dihiris bulat
  • 2 biji bwg putih dicincang
  • 1 cm halia dihiris halus
  • 2 kuntum brokoli dipotong kecil
  • 2 kuntum bunga kobis dipotong kecil
  • 4 biji tomato ceri dipotong 2
  • sedikit hirisan daun sadri
  • sos tomato secukupnya
  • 1 sd makan sos manis ABC
  • sedikit air
  • garam secukup rasa

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak ~ tumis bwg putih dan halia sehingga wangi, masukkan bawang besar dan dikacau sehingga layu.
  2. Masukkan sos tomato, sos manis dan sedikit air ~ dikacaukan sedikit dan biarkan sehingga merenih, kemudian masukkan bunga kobis dan brokoli dan dikacau rata.
  3. Lalu masukkan buah tomato diikuti sosej dan dikacau sebati. Perasakan dgn sedikit garam.
  4. Angkat dan taburkan dgn hirisan daun sadri ~ hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan