Selasa, Julai 27, 2010

Bingka Roti Berjagung


Bismillahirahmannirahim....assalamualaikum pada rakan2 yg selalu berkunjung kesini...dah agak lama zana x memblog...rumah pun dah nampak bersawang sana sini....hihihikk!!! rindu..rindunyer utk memblog, bersembang2 dan jalan2 ke rumah kwn2...tp apakan daya...hanya DIA yg tahu. Oklah! petang nie zana nak entrykan menu minum ptg zana ari sabtu lepas...

Bingka Roti Berjagung
(resepi asal: chef Azimah mansor/sumber: Rinnchan Fp)

Bahan-bahan:
  • 3 biji telur
  • 150gm gula castor
  • 100gm mentega (dicairkan)
  • 1/2 tsp garam halus
  • 300-400gm roti
  • 200gm tepung gandum
  • 1 liter santan (atau 1 liter susu segar atau 500ml santan + 500ml susu segar...... )
  • 200gm jagung krim dlm tin

Cara-cara:
  1. Pukul sebati telur dan gula. Masukkan mentega cair, diikuti santan atau susu segar, tepung gandum dan garam halus.
  2. Carik-carikkan roti dan masukkan dalam adunan tadi. Rendam selama 15min-20min.
  3. Masukkan jagung krim dan kacau sebati.
  4. Sapukan mentega pada loyang bingka dan alaskan dasarnya dengan kertas kek
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 darj celcius selama lebih-kurang sejam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan