Khamis, Disember 10, 2009

Roti Serikaya Crispy


Salam...semua..sarapan pagi nie..zana buat "Roti Goreng Crispy" resepinya simple sekali..dapat dari blog HaSue..thanks ye sue..bagi resepi yang mudah nie..memang sedap dimakan bila digoreng garing.., anak2 akak semuanya suka..disebabkan guna serikaya jadilah "Roti Serikaya Crispy" jangan maree..ye sue he..hee..
Bahan2nya:
  • 8 keping roti /( lebih pun x pe..)
  • Serikaya - Secukupnya
  • 2 cawan Tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 sm Marjerin (akak taruk 1 sb)
  • 1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
  • Sedikit pewarna kuning

Cara-caranya:

  1. Di dlm bekas, satukan tepung bersama marjerin, garam dan gula.
  2. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng), warnakan kuning dan ketepikan.
  3. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
  5. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)

    sedap dimakan ketika panas2..kena pulak dgn air nescafe...

5 ulasan:

  1. salam sdp tu leh lah try buat kat rumah ni roti mmg laku...

    BalasPadam
  2. mmm, sedapnya.. tapi nak buat xde masa.. =)

    psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

    BalasPadam
  3. Salam kak..memang sedap roti ni kan..sue selalu potong 8 roti tu,senang anak2 nak makan... kalo dah jadi rangupnya,mmg best ..tq krn mencuba ye kak :)

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  5. Alamak kak...x perasan lak akak guna approval comment..ingatkan komen failed tadi cam biasa..maklum laa tenet lembap nih..hehe..delete jek salah satu komen ek..sori kak

    BalasPadam