Isnin, Disember 21, 2009

Mini Apam Berinti Kelapa


Salam semua..apa khabar?..dah 3 hari zana tak update blog nie...hari ini zana nak kongsikan resepi "Mini Apam berinti kelapa"...nie, zana buat hari sabtu ari tu utk anak2 bekal dlm kereta bila p jalan2..actually inti kelapa nie zana dah ade..mak bekalkan masa balik kg minggu lalu...so kita tengok aje resepi apam ni...zana C&P dr myresepi... thanks tuan yg empunya resepi ni.
Bahan2nya:

  • 3 biji telur-dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum/tpg kek
  • 220 gm gula halus
  • 150gm susu segar/UHT
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete

Inti Kelapa:

  • kelapa parut
  • gula merah
  • 1 sudu teh tpg jagung-dibancuh dgn 1 sudu besar air
  • 2 helai daun pandan-pintal

Cara Menyediakan:

  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk.
  2. Pukul dgn menggunakan mixer pada kelajuan maxima selama 6-8 min.
  3. bahagikan kepada beberapa mangkuk & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  4. masukkan setiap warna ke dalam piping bag ( atau beg plastik yg bersih).
  5. Pipe kan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun didalam acuan (zana guna acuan kuih lompang)
  6. Masukkan inti kelapa
  7. Pipekan lagi adunan yg berlainan warna sehingga 3/4 penuh.
  8. Kukus didalam kukusan yg telah dipanaskan selama 10-15 min.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan