Selasa, Disember 22, 2009

Kuih Serimuka


Salam semua...hai!!..jumpa lagi kita...hari nie zana nak paparkan pulak menu sarapan pagi zana dan keluarga semalam"Kuih serimuka". Jalan-jalan dan jenguk2 ke dapur kak {CT}...jumpalah resepi kuih serimuka pelangi..cantik dan menggoda u..Kebetulan bahan2nya ade dlm simpanan, zana pun buatlah..tp kuih serimuka biasa aje..x de lapis2 pun.!!resepinya zana C&P dari blog kak {CT}...thanks kak.. heehek..
Bahan lapisan bawah:
  • 2 1/2 cawan santan cair
  • 2 cawan beras pulut - cuci dan rendamkan 3 jam
  • 1 sudu teh garam

Bahan lapisan pelangi:

  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 3 sudu makan gula pasir
  • Sedikit garamPewarna, kuning, hijau dan merah (ikut suka)

Cara membuatnya:

  1. panaskan periuk kukus hingga air mendidih.
  2. Masukkan semua lapisan bawah dalam loyang dan kukuskan.
  3. Apabila telah masak tekankan dalam loyang sehingga mampat. (CT alas loyang dengan plastik, agar senang nak keluarkan nanti).
  4. Bancuhkan semua bahan lapisan pelangi kecuali pewarna dan tapiskan.
  5. Bahagikan adunan lapisan pelangi kepada 3 mangkuk.
  6. Masukkan setiap mangkuk dengan satu warna.
  7. Kukus semula pulut yang telah dimampatkan.
  8. Lapiskan dengan warna merah dan kukus selama 10 minit. Buat lapisan seterus nya hingga habis.
  9. Apabila telah habis semua adunan kukus selama 30 minit. Sejukkan betul2 baru dipotong.
  10. Hidang kan untuk minum pagi atau petang. Selamat mencuba.

1 ulasan:

  1. nie kuih favret Tinta nie Zana...ada kwn saya buat, pulut yg kat bawah tu dia ganti dgn pulut hitam..manakala kat atas tu..perisa coklat...mmg sedap..tpi tinta blum pernah mncubanya lagi...:)

    BalasPadam