Selasa, Disember 29, 2009

Ayam Masak Madu...


Salam kawan2.. pagi nie..pikir punya pikir nak masak ape x de iedia..tngok2 kat aisbox..tu nampaklah daging ayam, nie yang buat lauk "Ayam Masak Madu"...anak2 pulak memang menyukainya...selain sop ayam / ayam tu digoreng aje mcm ayam KFC tu...mmglah dia org punya faverot..hheh..heh, sorilah yea ari nie tunjuk piyok lak x sompek den nak isi dlm mangkuk...dah lambek nie nak p kojo, layan je lerr...resepinya k......
Bahan2nya:
  • 300gm daging ayam yang telah dipotong kecil
  • 1 batang serai dititik
  • 1 lembar daun pandan disimpul
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat
  • 2 biji bawang putih dihiris nipis
  • 1 cm halia dihiris halus
  • 1 biji buah tomato dibelah 4
  • 2 sb cili mesin
  • kicap manis & sos tomato secukupnya
  • 3 sb madu
  • sedikit air

Cara menyediakannya:

  1. First ayam tu mestilah digoreng dulu..mcm goreng ayam tu..taruk garam & serbuk kunyit (tp zana tambah dgn 2 sb tpg serbaguna) sehingga masak.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan serai bersama daun pandan sehingga naik aromanya...
  3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia dikacau sebati, biarkan sehingga bwg tu layu barulah masukkan cili mesin dan dikacau sebati ~ biarkan sebentar
  4. Masukkan kicap manis, sos tomato secukupnya diikuti dgn madu ~ kacau sebati dan tambahkan sedikit air.
  5. Akhir sekali masukkan buah tomato bersama ayam yang telah digoreng tadi dan digaul lagi..rasanya sudah cukup dan x perlu lagi buh garam, tutup api dan lehlah dihidangkan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan