Ahad, April 17, 2011

Kuih Bakar Keledek


assalamualaikum semua & selamat berhujung minggu....hari nie nampaknya x kemana-manalah duduk kat rumah aje, nengok2kan anak2 buat keje sekolah sambil2 tu buat le projek2 yg bnyk dah tertangguh nak buat hhiihi!!!! n3 zana kali nie ialah "kuih bakar keledek" buat utk sarapan pagi td.

KUIH BAKAR KELEDEK
Sumber: Bro Rozzan
Resepi: Kak Ummi
Bahan-bahan :

  • 250 gm keledek (saya gunakan keledek manis) -direbus dan lecek halus
  • 230 gm tepung gandum
  • 270 gm gula pasir (zana bubuh 240gm aje)
  • 4 biji telur (saiz besar)
  • 650 ml santan pekat (saya gunakan 400 ml santan kotak + 250 ml air)
  • ½ sudu teh vanilli
  • sedikit pewarna kuning (jika suka) – saya tak taruk
  • 1 sudu teh garam atau secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak sapi (akak guna unsalted butter jek)

Cara:

  1. Masukkan keledek yg telah dilecek halus ke dalam sebuah bekas.
  2. Kemudian bubuh bahan-bahan lain iaitu tepung, gula, santan, air, telur, vanilli, pewarna kuning, garam dan minyak sapi. Gaul rata-rata dan tapis jika perlu.
  3. Ambil satu loyang (saya gunakan loyang bulat, kira-kira 8 inci) dan sapukan sedikit minyak di dasar dan sekelilingnya.(zana guna acuan kuih bakar & loyang 7"x7")
  4. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama kira-kira 45 minit dgn suhu 200-220 darjah Celsius.

**sedap tau cubalah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan