Isnin, Februari 14, 2011

Kuih Koci Pulut Hitam


Salam semua & selamat ptg..., hehehe!!! dah nak mlm pun barulah sibuk nak entrykan menu minum ptg zana td. kuih kegemaran suami dan anak lelaki ku...Kuih nie biasanya mak yg buatkan setiap kali kami adik beradik balik ke kg dah semestinya ada kuih nie, selalunya mak buat berintikan kelapa yg dicampurkan dgn isi durian, mmg sedap.

Kuih Koci Pulut Hitam
(sumber: warisan bonda)

Bahan A:
  • 400gm tepung pulut
  • 1/2 cwn tepung pulut hitam
  • air secukupnya + sedikit garam
  • sedikit minyak utk disapu pd daun pisang
Bahan B:
  • Daun pisang secukupnya ~ dilayur dan dipotong
Cara2nya:
  1. Masukkan tepung pulut dan tepung pulut hitam dan digaul rata.
  2. Lepas itu masukkan sedikit2 air dan digaul sebati sehingga adunan lembut dan x melekat di tangan.
  3. Bulat2kan adunan sebesar bola pingpong dan bolehlah dibungkus.
  4. Kemudian ambil sekeping daun pisang yg telah dipotong dan sapukan sedikit minyak, ambil sebiji adunan, leperkan sedikit dan letakkan sedikit inti di dlmnya kemudian dibungkus.
  5. Buat sehingga habis dan bolehlah dikukus ~ msk dlm 10-15 min.
Bahan Inti:
  • 1 biji kelapa tua parut
  • 1 kabung gula melaka dihiris2
  • 8-10 ulas isi durian
  • 2 sudu mkn gula pasir (ikut manis)
  • 1 sudu teh tpg gandum
Cara2nya:
  1. Masuk semua bahan utk buat inti di dalam periuk (kecuali tpg gandum) ~ masak diatas api yg sederhana dan dikacau sehingga rata
  2. Kacau sehingga gula cair dan isi durian sebati bersama kelapa sehingga sedikit kering
  3. Kemudian bolehlah masukkan sesudu tpg gandum dan digaul sebati
  4. Setelah masak bolehlah tutup apinya dan biarkan inti sejuk.

4 ulasan:

  1. sedapnye kuih koci ni...mie mmg suka makan kuih koci ni...terasa-rasa kat tekak ni kesedapan kuih ni..

    BalasPadam
  2. fav mokwo jugak..cukup suka kuih nih..tapi yg malas tuh org lain tak suka..kalau nak buat kena buat seciput mungkin..jenuh..baik ku tunjuk2 ajer..hihi

    BalasPadam